TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Thursday, December 16, 2010

Phase 1 ~My Engagement~

Assalamualaikum

Aku rindu kat korang semua, korang rindu aku tak..? Hehehe.. Cuba korang tengok tajuk post aku kali ni.. Untuk pengetahuan korang aku dah bertukar status.. Aku kini dah jadi tunangan orang.. Tak boleh ngorat2 orang dah.. Hahaha... Macam la sebelum ni aku dok ngorat orang.. Hehehe

Majlis aku ni berlangsung pada 12 Disember 2010 yang lalu.. Buatnya kat umah tok aku.. Aku malas nak membebel banyak-banyak.. Jom kita tengok gambar majlis aku ni.. Tapi tak banyak aku masuk dalam ni.. Kalau nak tengok banyak lagi boleh tengok kat fb aku ye..

Ni gambar hantaran aku untuk si dia :)

Ni pulak hantaran daripada si dia untuk aku :)

Kek daripada si dia

Kek daripada aku

Aku ngan kawan2

Sarung cincin

Salam dengan bakal mak mertua :)

Aku & bakal mak mertua

p/s : Mood happy :)

Wednesday, December 8, 2010

Aku Belajar Masak ;)

Assalamualaikum..

Bertemu kita kembali dalam Rancangan Masakan Cik Kiah. Hari ni kita nak belajar masak Nasi Tomato dan ayam masak merah.. ;) Ada bakat tak aku jadi chef... Ada?? Haaha.. Memang perasan aku ni. Ada hati nak jd chef, jd chef utk diri sendiri boleh lah, wahai cik Aisyah, ingat2 la skit, ko tu baru belajar masak-masak ye.. Hahaha

Oklah, sebenarnya aku ni boleh lah masak, tapi tak lah arif sangat, banyak benda aku sedang belajar, salah satunya, masak2 ni lah.. Maklumlah, tak lama lagi nak jadi isteri orang kan, nanti apa lak aku nak bagi makan kat suami aku kalau langsung tak reti masak kan.. Jom aku tunjuk kat korang hasil masakan aku. Tak tau lah bagi korang sdap ke tak, tapi aku rasa sedap lah.. Hehehe..

Ni namanya kue tiaw ladna, x tau jd ke tak, aku buat je

Ni pulak sambal ikan bilis..

Ni petua yang mak aku bagi, kalau kita nak sambal kita sedap dan kurang pedas, kita letak bawang besar lebih skit.. Boleh kurang kan pedas, bawang besar kan manis.. Pastu, bila masak sambal, kena masak sampai dia pecah minyak, macam dalam gambar kat atas tu. Aku wktu blend cili tu aku letak sikit ikan bilis, pastu minyak masak skit untuk hancurkan biji lada tu.. Apa2 pun selamat mencuba petua yang aku bagi.. Bukan petua dari aku, tapi mak aku ye..

Wassalam

P/s : Baru nak belajar masak, umo dah tua dah.. Hehehe

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Maaf sebab dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Maklum lah, bila dah balik rumah mula lah busy, pastu dok berebut ngan adik pulak nak guna lappy aku ni, last2 tak sempat aku nak merepek dalam ni :)

Apabila berkumandan azan Maghrib pada hari ini, maka kita dah masuk ke tahun yang baru dalam Kalendar Hijrah ya. Dah masuk tahun 1432 Hijrah dah ye.. Maknanye peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dah berlaku 1432 tahun yang lalu. Dah lama sangat kan..

Jom kita sama-sama merubah diri kita. Daripada yang buruk kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik. Salam Maal Hijrah 1432H buat semua muslimin dan muslimat juga buat semua blogger..

Monday, November 29, 2010

Award dari Atika Aulia

Assalamualaikum..

Pada pagi yang indah lagi syahdu ni, aku nak share award yang aku dapat dari adik kita ni yang bernama Atika Aulia.. Klik je kat nama dia, aku dah link kann terus ke blognya. Boleh gak klik kat award di bawah ni ye.. Aku dapat award ni sbb jadi follower blognya.. Sapa2 yang jd follower blognya akan dapat award ni. Jom kita pakat follow blog adik Atika kita ya.. Kat bawah ni aku paste kan award yang aku dapat

Thanks ya adik Atika 4 da award

Sekian..

Wassalam

Sunday, November 28, 2010

Makan...makan...makan.. (Part 2)

Assalamualaikum..

Cerita makan-makan lagi. Tapi ni part 2 pulak ye.. Masih teringat waktu tinggal di Ipoh. Walaupun ada dapur gas, tapi aku n kawan-kawan jarang masak kat rumah. Gi masak kat kedai. Hehehe. Tapi kadang2 hujung minggu ada gak masak, tapi jarang gak lah. Al-maklumlah busy ngan assignment, n macam2 lagi.

Kat bawah ni aku ada upload gambar2 makanan yang dimasak oleh ousematku merangkap gak rumate ku.. Namanya Cik Lin.. Sedap dia masakkk.... Aku merindui masakannya.. Aku boleh masak skit2 je.. Aku selalu tolong dia potong2 kat dapur.. Hehehe.. Jom kita tengok gambar2 ni..

~Sedapnya, kecur air liur aku bila tengok~

~Ni lauk sardin, modified jadi sambal sardin~

~Kacang botol, rajin2 lah makan ulam ye, baik untuk kulit tuan puan~

~Ikan goreng~

~Sambal kentang~

Best je bila teringat kenangan masak2 ni, pas ni dah mula keje, menyewa sendiri, masak-masakn pun kena sendiri.. Apa2 pun jaga lah kesihatan anda dengan baik ye, makan makanan yang berkhasiat.. Ingat makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ye. Ok lah, aku chow dulu..

Wassalam...

~Busy~

Assalamualaikum..

Maaf buat semua member sebab aku jarang update blog aku ni. Biasalah bila dah balik kampung, aku dah mula busy sikit. Al-maklumlah, rumah aku aritu kan banjir, sibuk lah memulakan kerja mengemas rumah, kena basuh pinggan mangkuk yang terkena air bah (banjir) aritu.

Tapi apa2 pun aku cuba merajinkan diri aku ni untuk meng'update'kan blog aku ni. Maaf kalau penggunaan perkataan aku tak betul. Memang tak betulkan. Apa nak jadi dengan cikgu Bahasa Melayu. Perkataan ni memang tak boleh diterima pakai ya. Sila abaikan. Apa2 pun selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti, selamat bekerja buat semua yang sedang bekerja dan juga selamat melangsungkan Walimatu Ursy buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga..

Wassalam..

Monday, November 22, 2010

Mereka menangis, aku??

Assalamualaikum..

Masih dalam mood sedih lagi.. sedih sebab berpisah dengan kawan2 aku yang dah bersama selama 5 tahun setengah.. Mereka semua menangis sewaktu malam last dan pada hari last kami pegi kelas.. Tapi aku tidak, mengapa??? Aku sebenarnya dah nangis dah sebelum tu, aku nangis waktu malam gala nostalgia kat maktab aku aritu.

Aku sebenarnya sedih, tapi aku tahan kolam mataku ni agar tak keluarkan air mata. Sapa tak sedih bila nak berpisah dengan kawan-kawan yang sama-sama bekerja sepanjang 5 tahun setengah.. Apa2 pun korang tetap best.. E1 tetap di hati aku..

Tak mengapa, kita semua jangan lah sedih2 ya.. Anggap lah perpisahan ni hanya sementara sahaja dan lumrah dalam kehidupan. Lepas ni kita akan bertemu kembali. Aku doakan buat diri aku dan semua rakan-rakan batch E especially E1 agar menjadi guru yang terbaik buat anak bangsa kita.. Amin..

Wassalam

p/s : Moga ukhwah yang terjalin terus mekar dan berkekalan.. Insya-Allah..

Saturday, November 13, 2010

~Tamat~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pengajian aku selama 5 tahun setengah dah hampir ke penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja aku akan berada di bumi Ipoh ni.. Aku menjadi tua di sini. Bayangkan aku masuk IPG Kampus Ipoh ni waktu aku umor 19 tahun. Sekarang dah 24 tahun.. Tua dah aku ye..

Rasa sedih bila nak tinggal kan IPG Kampus Ipoh, kawan-kawan, adik-adik junior, pensyarah-pensyarah. Di sini lah dulu berdirinya seorang gadis yang sangat rendah diri, tapi kini, dia mampu mengubah dirinya.. Dia menjadi yakin.. Ini semua berkat dorongan kawan-kawan, tunjuk ajar dari pensyarah, dan kata-kata semangat dari keluarga.. Dia itu adalah aku.. Aku bakal menjadi guru permulaan.. Alhamdulillah, akan aku terus tingkatkan diri aku dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menjadikan diri aku sebagai seorang guru yang terbaik..

Maaf lah, aku emo sikit malam ni.. Biasa lah bila kita nak tinggalkan tempat yang kita dah lama tinggal.. Aku harap korang sentiasa doakan aku agar terus mencari ilmu bagi meningkatkan kemahiran aku dan menjadi guru yang terbaik

Wassalam..

Saturday, November 6, 2010

Makan...makan...makan.. (Part 1)

Assalamualaikum...

Siapa yang suka makan kat sini??? Sila angkat tangan, kaki, hidung dan ape ajelah yang korang boleh angkat... Hahaha.. Semua orang suka makan kan.. Tambah-tambah bila korang pergi pasar malam, masing-masing akan rambang mata.. Hahahaha, sebab tak tau nak pilih makanan yang mana satu.. Tapi aku bila pergi je pasar malam, ada 1 makanan ni mmg aku akan beli.. Kalau aku tak beli, mesti aku akan teringat-ingat je... Nak tau apa dia???

.............

.............

.............

.............

Taraaa.....

Kopok lekor... I Love it very2 much... Muahhhh..

Aku suka juga makan ini...

Ni namanya laksa buyong, ada kat Perak jer.. Sbnarnya apa2 jenis laksa aku suka tau.. Haha

Ni pulak makanan kegemaran kawanku yg tersayang :

Tapi aku pon suka sebenarnya... Hahha.. Sume aku suka kan...

Ni pulak, sate ikan.. Sangat femes kat area Pantai Timur..
Pasni balik kampungku, susah dah nak jumpa....

Nasi dagang, sangat lah sedap, kawanku yang tersayang sangat suka ya...
Aku pon suka gak, aku lagi.. Makan je tak abis2...

Sekian saja cerita tentang makan2... Bertemu lagi dalam episod yang seterusnya....

P/s : Ada hati gak nak jadi duta jalan2 cari makan, jangan jalan2 cari pasal sudah.. Hahaah

Friday, November 5, 2010

Banjir oh banjir

Assalamualaikum..

Aku harap-harap semua yang terlibat dengan banjir sekarang ni, bersabar lah banyak-banyak ye.. Ni semua dugaan daripada Allah S.W.T. Hanya DIA yang maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi ni..

Mungkin kita semua tak sedar bahawa setiap apa yang berlaku ni disebabkan oleh sikap manusia yang penuh dengan kerakusan.. Terlalu mengejar keduniaan, tarah sana, potong sana, potong sini, tak sedar-sedar lagi ke? Memang buat untuk kemudahan manusia, tetapi kadan-kadang dah melampaui batasnya.. Adakah banjir yang berlaku sekarang ni tanda kemurkaan daripada Allah S.W.T ???

Macam yang mak aku cerita, banjir yang berlaku kat kampung aku sekarang ni iaitu Perlis, disebabkan oleh projek-projek pembangunan yang giat dijalankan. Memang lah orang akan kata, banjir sekarang ni berlaku disebabkan oleh hujan yang turun dan juga disebabkan oleh air empangan Timah Tasuh dan air empangan Pedu yang dilepaskan, tapi korang tak sedar ke sebenarnya sistem perparitan yang tak terancang dan juga segala jenis pembangunan ni juga lah punca berlakunya banjir..

Apa-apa pun entri kali ni adalah sekadar ingin korang semua renung balik pada apa yang berlaku, jom kita sama-sama muhasabah diri masing-masing..

p/s : Tak dapat aku balik kampung ...

Wednesday, November 3, 2010

I'm coming back

Assalamualaikum..

Aha.. aku dah kembali semula menyemakkan ruangan blog aku ni... Untuk pengetahuan korang semua, aku baru je abis dua paper exam.. Tapi aku rasa macam dah raya lah pulak.. Hehehe.. Tinggal satu je lagi exam iaitu pada 9 November.. Sekarang ni aku sebenarnya sedang bercuti di Bentong.. Hehehe.. Tempat aku tinggal dulu.. Best teringat kenangan bersama ngan kawan-kawan.. Oklah, aku nak berehat dulu.. Penat sikit dengan perjalanan hari ni.. Nanti kan kemunculan aku untuk menyemakkan lagi blog aku ni dengan macam2 tajuk entri ni..

Friday, October 29, 2010

~Thanks Cik Lemonade~

Assalamualaikum..

Thanks to Cik Lemonade a.k.a Elis Afia kerana telah mewujudkan ruangan BFF pd blognya.. Terharunya aku... Hmm.. Ruangan BFF itu adalah 1 list blog budk2 kelas aku yg telah mendaftar diri diorang sebagai blogger.. Dan aku jugak turut tersenarai dalam list tu.. Sangat gembira aku yaa~..Ape2 pon selamat berblogging buat korang semua.. Tahniah2~.. Thanks sekali lagi kepada Cik Lemomade ye...

Sekian, Wassalam

Sahabat

~Sahabat adalah orang yang paling dekat dengan kita selepas Allah, Rasulullah n family kita (bagi sapa yg x kawen lagi)~

~Bila kita susah, dia pon susah sama-sama~

~Bila kita senang, dia pon sama-sama senang dengan kita~

~Bila kita berjaya, dia tumpang gembira, berbangga dengan kita~

~Bila kita kecundang, dialah pemberi semangat buat kita~

~Bila kita sedih, dia sanggup meminjamkan bahunya untuk kita menangis~

~Bila kita sakit, dialah pengganti ibu bapa kita, menjaga makan minum kita, bawa kita berjumpa doktor~

~Bila kita ada masalah, sudi menjadi pendengar yang terbaik~

~Tidak pernah mengharapkan balasan dalam setiap bantuan yang diberikan~

~Menjaga kehormatan sahabatnya~

~Tidak juga pernah mengeluh saat pertolongan dipinta~

ITULAH NAMANYA SAHABAT

Wahai sahabat, aku sayang,cinta dan kasihkan kamu kerana ALLAH S.W.T. DIA yang telah menganugerahkan kasih sayang buat kita.. Aku bersyukur kerana DIA telah menganugerahkan aku sahabat yang terbaik iaitu KAMU dalam hidupku.. Alhamdulillah

Untukmu oleh Durrani

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

p/s : khas buat semua sahabat

Thursday, October 28, 2010

~Selamat bertunang (First Episode)~

Assalamualaikum..

Memandangkan mood aku masih belum ada lagi, maka aku meneruskan kerja aku untuk buat entri baru pada hari ni.. Tadi aku bukak FB aku, tetiba ada kawan aku bagi tahu yang dia nak bertunang kat Wall FB aku.. Dia akan bertunang pada 30 Oktober 2010.. happy sangat bila kawan sekolah ini telah memulakan langkah pertama ke alam perkahwinan.. Apa2 pon aku ucapkan tahniah buat rakanku Siti Nurbaya Bt Ismail.. Moga jodoh hang berpanjangan noh hingga ke akhir hayat.. Aku happy sangat2.. Nampaknya hang dulu dari aku... Aish tak boleh jadi nih... Hahaha.. Ceh.. Budget jeles la plak tu.. tak dak ar, aku tak jeles pon ngan hang.. Tahniah segali lagi baya.. Heee~.. Aku happy sangat2 utk hang... Ni lah baya, kawan aku... Tadaa.. Dah makin cun melecun dah haaa.. Dia yg bertudung mcm warna pink aku tengok.. Sebelah tu pon member sekolah aku gak... Namanya finie...

sayang kat korang.. dah lama dh jumpe..

Pastu ada plak lagi sorang member sekolah aku yang bakal melangsungkan pertunangan bulan 12 ni.. Tapi tak bgtau lah pulak tarikhnya bila... Ni pon aku tau melalui FB gak.. Namanya Nur Husnina Bt Abdullah. Tapi aku panggey dia nina ja.. Tahniah gak aku ucapkan untuk hang Nina.. Semoga jodoh hang dengan si dia berpanjangan hingga ke akhir hayat.. Jom aku tunjuk gambaq dia kat hampa semua..

~bakal menjadi tunangan orang tak lama lagi~

Aku sekali lagi nak ucapkan selamat bertunang buat kawan2 aku berdua ni.. Happy selalu ya.. Ni entri first episode utk hal-hal pertunangan nie.. Lepas ni mungkin aku akan buat lagi entri seperti 4 da next episode.. Mana tau ada lagi kawan2 aku yang bertunang lagi.. Dan pas ni gak ada entri berkaitan dengan wedding kawan2 aku gak.. Hee~ Sumenye dah kawen.. Yelah smuenya kan dh tuo2 bangko belako.. Aku je yg tak kawen lagi.. Tapi tunggu jelah... Hee~ Akan sampai masanya,..

Wassalam...

p/s : Dok sibok cerita psl orang laen, aku bila plak ntah.. Hahaha

Wednesday, October 27, 2010

~Jog.. jog~ (First Episode)

Assalamualaikum...

Minggu ni adalah minggu study.. Tapi aku tak mula2 pun lagi study.. Apa nak jadi lah ngan aku ni.. Makin nak habis belajor makin malas rasanya.. Ish2.. Aku kena ketepikan perasaan yang paling disukai oleh musuh Allah iaitu iblis dan askar2nya.. Hmmm... Apa2 pon kagum tul aku ngan salah sorang member sebatch ngan aku tapi kelas lain a.k.a member blogger aku iaitu cik Farah Lalola kita.. Dia sgt sukakan exam... Bagusnya jika aku pon macam tu jugak.. Mesti pointer tinggi menjulang je tiap2 sem... Ahaks~

Cerita aku untuk pagi ini.... (27 Oktober 2010)
~sje je aku boldkan, apa motif pon aku x tau.. Hee~

Pada pagi ni macam biasa sebagai umat Islam, aku mulakan pagi aku dengan solat subuh... Ingat ye anak2, kewajipan kita kepada Allah s.w.t jangan dilupa ya...Pastu aku golek2 jap, mula2 rasa nak pegi joging2 kat luar, pastu rasa malas pulak dah... Ish, malas lagi... On9 jap.. Hmmm... Tiba-tiba niat yang membuak-buak datang pulak untuk berjoging.. Kerajinan tiba2 ada di situ ya.. Aku pon mula lah menyiapkan diri aku.. Dah kluar rumah dan pakai sport shoe, tetiba hujan turun lak... Hmmm.. Terbantut lah pulak hasrat nak joging diluar sambil menghirup udara yang segar.. tak pelah hujan turun... Nanti hujan tak turun lama, kau mengeluh pulak... Apa la kau ni...:)

Finally, aku pon berjoging lah dalam rumah, agak2 hampir 30 minit gak lah, naik turun tangga kat umah sewa aku ni.. Berpeluh gak ye... Heheh... Sihat je rasa badan aku, mula2 rasa mcm nak demam, tp rse dh ok gak... Hohoho.. Bolehlah aku amalkan selalu bila hari hujan... Aku rasa korang yang begitu obses ngan joging pon boleh amalkan cara macam aku ni... Mudah jer~

Ok aku kluar dulu eh.. Daaa~

Bestnya kalau aku dapat berjoging seperti ni.. Ahaks~

Wassalam..

p/s : selain nak bagi bdn aku sehat, apa motif sebenarnya aku jog eh??? Cuba korang teka..

Tuesday, October 26, 2010

~Kena tag lagi~

Assalamualaikum

Aku sekali telah di'tag' oleh salah sorang rakan bloger aku yg cantek lagi lah cumil.. Namanya Cik Ainul Syariha.. Ok, berikut merupakan syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan oleh Cik Ainul apabila di'tag' oleh beliau. Sila baca syarat-syarat dibawah dengan teliti.

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

  1. Nama aku Atiqah Bt Sabri. Orangnya biasa2 sahaja.. Nak kenal aku lagi boleh tgk FB aku..
  2. Anak kelahiran Perlis
  3. Tarikh lahir aku : 21 Oktober 1986, baru je lps.. Sape nk bg aku hadiah masih dialu-alukan lagi.. Hahaha
  4. Aku sangat sayangkan mak dan ayah aku.. Jom aku kenalkan nama diorang dengan korang.. Nama ayah aku : Sabri Hashim , nama mak aku : Fauziah Kassim
  5. Aku adalah anak yang pertama dalam keluarga.. Besar tanggungjawab tu..
  6. Aku ada 3 orang adik, semuanya sama jantina mcm aku.. Nama diorang Zahidah, Siti Aishah dan Siti Najihah.
  7. Anak pesara tentera
  8. Aku sedang mengikuti pengajianku di IPG Kampus Ipoh, dah hampir 5 tahun setengah aku kat sini, dah tua kan aku.. Tamat pengajian : hujung tahun ni
  9. Aku adalah bakal guru.. Cam tak percaya je aku dh nak keja tahun depan, jadi cikgu lak tu..
  10. Sebenarnya profesion perguruan adalah bukan cita-citaku.. Masuk maktab sebab dipaksa oleh mak n ayahku.. Tapi kini, dah jatuh cinta dengan profesion ni.. Thanks mak dan ayah.
  11. Pernah bersekolah di SMKA Perempuan, Kangar, Perlis..
  12. Menuntut juga di Kolej Matrikulasi Perlis.. Berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya di sini..
  13. Pernah memilih dan mendapat tawaran belajar dalam bidang Bioteknologi Makanan di KUIM (Kini USIM).. Tapi tak pegi pon sebab masuk maktab..
  14. Nama gelaran aku kini adalah Kak Tiq, fendi lah ni mula panggil aku cmni.. Hehehe
  15. Sangat meminati Maher Zain, tapi bukan sbb rupanya ya, tapi lirik lagunya yg memberi pengajaran.. :)
  16. Bidang pengajian ku kini : Perguruan - B. Melayu, P.Jasmani, P. Moral
  17. Aku bahagia bersama dengan insan-insan yang aku sayangi..
  18. Aku adalah seorang yang agak boros, tapi adakalanya pandai kawal perbelanjaan gak. hahaha..
  19. Aku suka mencuba pelbagai jenis makanan (maksudnya makan lah ye..) hahahah
  20. Aku sangat meminati nasyid.. :)..
  21. Aku sudah berumate dengan Norbazlin Bt Mohammad selama 4 tahun..
  22. Aku juga sukakan kucing... Meow2.. Sama mcm cik Ainul Syariha kita ya.. Ahaks~
  23. Tak lama lagi aku dah nak exam.. Tapi x study benda2 pon lagi.. Hmmm.. :(
  24. Bakal bertukar status.. Opsss.. Hee~
  25. Aku macam tak percaya boleh habis kan list nie dengan jayanya.. Hahah~
Aku dah berjaya habiskan list nie, sekarang ni aku nak korang yang akan ditag oleh aku selesaikan tugasan ni.. Hahaha

ema❤hafis
Lynn
Mc' Sue
Lemonade
Nyza_09
Jaya jr
Nana Farhana
Harzharun
Nadiafarahida
Asnur
misz Chantek
Amalina E Azmi
ida Zainal
Budak Pensel
mirahashime
Gransazer
Muhammad
Althafunisa
Thalhazlin
Mohd Fauzee
Cha
fieqilah
miss havoc
alynnmalynna
diana rashid

Daaaa~

p/s : selamat berjuang ya.. haha

~Sape nak hadiah free dari Paris? =)~

Assalamualaikum..

Hai kawan2ku sekalian.. Harap2 korang sihat ye.. Aku sihat2 je.. Alhamdulillah.. Nape ye tetiba aku tulis entri ni??? Sebenarnya aku telah ditag oleh seorang blogger yang bernama sis harzharun.. Thank sis.. :).. Ni kali pertama aku join contest.. Heee..

Step 1. Buat entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog nadiafarahida

Okay... Aku dah buat dah.. Aku dah link ke blog tuan punya contest iaitu sis nadiafarahida kita..Kalau korang klik je kat gambar yg aku dh tempek kt atas tu, korang akn terus je ke blog dia.. Boleh gak klik kat nama dia yg aku dah link kan.. Step first dh selesai.. Kita terus ke step yang seterusnya.. Yehaa!!!!

Step 2. Letakkan gambar yang ada Eiffel Tower tu skali kat side bar blog korg dan link kan terus ke nadiafarahida ye. Kalo pic besar sangat, sendri2 kecikkan lah ye.
Aku dah letak dah.. happy sangat join contest ni.. Maklum le first time lah katakan.. Thanks pd tuan punya blog yg buat contest nie..

Step 3. Menjadi follower nadiafarahida. Jom kita pakat-pakat jadi follower sis nadiafarahida.. Kita kasi gegar blog sis ya... Heee

Step 4. Tag 3 orang blogger lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!

Aku nak pilih siapa ya??? Aku sayangkan korang semua wahai member2 blogger.. Korang sayang aku tak?? Hahaha.. Oklah, aku pon malas nak pening-pening kepalo.. Aku dah pilih 3 orang blogger tu.. Korang nak tau siapa yang bertuah tu??? Jeng..jeng..jeng... Jom kita tengok siapa yang kena ....

1. Cik Ainul Syariha yang cantik lagi manis gitu :)

2. Encik Azam Aziz si blooger basikal –tuaku

and lastly

...

...

3. Sis Mc’ Sue kita yang cumil gitu :)

Step 5. Step last sekali, jgn lupe tinggalkan nama & link entry penyertaan korg kat kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye (klik n bagi tau kat blog tuan punya contest ye : nadiafarahida )

Senang je.. Sapa yg kena tag tu cepat-cepat lah bertindak ya.. Bertemu lagi dalam entri yang lain ya..

p/s : thanks sis harzharun sebab sudi menge’tag’ saya.. Rajin2 lah tag saya lg.. Hehehe :)

Sunday, October 24, 2010

~FB status~

~Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu.. Bahagiakanlah hati ibu anda.. Usah biarkan mereka terluka.. ~

..

..

..

..

..

..

Buat

Renungan kita bersama...

Friday, October 22, 2010

So sweet. :)

Assalamualaikum...

Cumil gila tengok dia.. Aku suka sangat tengok muka dia.. Hehehe.. Jangan salah anggap lak tau.. Aku sebenarnya bercerita tentang seorang blogger yang aku follow ni.. Nama dia Rahmah.. Tapi boleh je panggil dia ema..

Untuk pengetahuan korang semua.. dia baru je kahwen tau.. Umo baru je 16 tahun.. Kira-kira seminggu lebih yang lepas.. Happy je tengok dia... Dah jodoh kan... Apa-apa pun aku doakan moga perkahwinan adik ema kita ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat serta bahagia di dunia dan akhirat..

Meh aku tunjuk sikit blog dia.. Heeee~

p/s : Barokallahu lakuma buat semua member yang bakal melangsungkan walimatul ursy mereka..

Thursday, October 21, 2010

~Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita~

Assalamualaikum..

Ni aku nak share satu info ngan korang. Ni aku ambik dr FB member aku.. Jom kita baca sama-sama.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan
hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Sebenarnya, member kepada member aku ni ambik dari tuan empunya blog ini http://helmdahl.blogspot.com/ . Andai tuan punya blog terbaca, aku nak mintak izin ambik n share info ni dengan member-member yang lain ye..

p/s : inilah agenda orang kafir. Apa-apa pun kita sebagai umat Islam haruslah selidik dengan segala info yang orang barat berikan.

~Today is my big day~

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari tua aku..Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi kesempatan buat diriku untutuk terus bertatih di dunia ini.. Hari genaplah umurku 24 tahun.. Macam tak percaya ja aku dah 24 tahun.. Rasa macam semalam aku masih bersekolah ja lagi.. Perasan muda pulak kan... Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan aku yang wish birthday dalam FB, henfon, melalui mulut.. hehehe.. Sayang kat korang semua.. Terima kasih gak kepada mak, ayah dan adik-adik yang sentiasa bersama dari dulu hingga kini.. Mak ayah yang telah membesarkan aku hingga aku menjadi insan yang berjaya dalam hidup.. Terima kasih mak ayah... Huhuhu.. Sedih lah pulok... Moga kehidupan korang semua juga dirahmati Allah s.w.t.. Insya-Allah...

~Happy burfday to me~

p/s : Ya Allah, KAU rahmatilah kehidupanku, berikanlah kekuatan buat diriku untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup ni.. Amin...

Wednesday, October 20, 2010

~Le tour de P@ngkor~

Assalamualaikum...

Entri kali ni aku nak cerita tentang percutianku bersama dengan classmateku. Hujung minggu lepas kami telah meloloskan diri kami ke Pulau Pangkor. Memang best percutian bersama mereka walaupun chalet yg aku n member aku duduk tu x berapa ok.. Tapi yang penting aku, member2 aku happy dan enjoy di sana.. Mungkin ini adalah percutian yang terakhir kami bersama.. Apa2 pun, jom kita layan gambar-gambar aku bersama member2 di Pangkor....

ainy, aku ngn pendy

cantik tak tulisan aku???

i want to kill u hahaha

aku ngan rumateku

posing lagi... ish2

pusing2 pulau

~ kenangan ~

posing lg...

p/s : best teringat wktu buat istana pasir magika n lawan makan buah epal...hehhe

~Lawak giler~

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share 1 video dengan korang semua. Aku rasa sapa yang ada FB tuh, mesti dah tonton video ni, memang kelakar gila ah... Korang tengok video ni mesti korang gelak tak henti-henti.. Jom kita layannnn......

p/s : apa komen korang???

Tuesday, October 19, 2010

Blog best???

Assalamualaikum..

Saje aku tulis entri ni.. Hehehe.. Untuk pengetahuan semua pembaca n bloggers, aku ni bukanlah seorang blogger yang femes di kalangan blogger2 yang hebat.. Biase2 saja.. Dah lah jarang update blog.. Huhuhu.. Tapi tak mengapa, ini blog aku kan, terpulang pada aku lah cmmana manage kan??

Aku nak timbulkan 1 persoalan pada korang semua.. Cammane ye kita nak jadikan blog kita sebagai blog yang paling best.. Kepada semua blogger, boleh lah share ngan aku tentang tip-tip yang berguna ek.. Hehehehe

Sila komen ya tentang entri ni... Hehehhe

p/s : tak de idea nak tulis entri lah tu.. Hahaha..

Annual Dinner

Assalamualaikum...

Tiba-tiba rajin lak aku dok update entri aku.. Hehehe.. Al-maklumlah, dah tak busy sangat lah katakan..

Sebenarnya aku nak cerita pasal dinner aku aritu.. Annual dinner E1's.. Kat mana buat eh?? Kat Hotel Impiana (Dulu dikenali sebagai Casuarina).. Cuba teka apa tema kitaorang malam tuh.. Sapa dapat teka aku bagi hadiah.. Hahaha.. Apa2 pun aku malas nak membebel banyak-banyak.. Jom kita layan gambar annual dinner aku aritu bersama dengan classmateku...

isteri2 duta..hehehe

gadis2 E1.. Phewitt~

aku, blogger basikal-tuaku, mc yg encem.. :)

aku ngan mc yang cumil bangat

aku lagi... hahaha~

E1 n lecturer2 yang disayangi

Oklah, aku dh habis upload gambar-gambar ni.. Aku sangat suka dengan gambar-gambar ni sebab diambil oleh photographer yang berbakat dan hebat. Credit to BudakPensel Yazid coz ambik gambar kitaorang cantik-cantik.. Oklah, korang layan lah gambar-gambar ni dulu. Aku ngantuks suday... Daa~ Wassalam~

p/s : mst korang boleh teka kan apa tema annual dinner kan?? Hahaha.. Hitam dan Putih kehidupan..

Related Posts with Thumbnails