TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Monday, November 29, 2010

Award dari Atika Aulia

Assalamualaikum..

Pada pagi yang indah lagi syahdu ni, aku nak share award yang aku dapat dari adik kita ni yang bernama Atika Aulia.. Klik je kat nama dia, aku dah link kann terus ke blognya. Boleh gak klik kat award di bawah ni ye.. Aku dapat award ni sbb jadi follower blognya.. Sapa2 yang jd follower blognya akan dapat award ni. Jom kita pakat follow blog adik Atika kita ya.. Kat bawah ni aku paste kan award yang aku dapat

Thanks ya adik Atika 4 da award

Sekian..

Wassalam

Sunday, November 28, 2010

Makan...makan...makan.. (Part 2)

Assalamualaikum..

Cerita makan-makan lagi. Tapi ni part 2 pulak ye.. Masih teringat waktu tinggal di Ipoh. Walaupun ada dapur gas, tapi aku n kawan-kawan jarang masak kat rumah. Gi masak kat kedai. Hehehe. Tapi kadang2 hujung minggu ada gak masak, tapi jarang gak lah. Al-maklumlah busy ngan assignment, n macam2 lagi.

Kat bawah ni aku ada upload gambar2 makanan yang dimasak oleh ousematku merangkap gak rumate ku.. Namanya Cik Lin.. Sedap dia masakkk.... Aku merindui masakannya.. Aku boleh masak skit2 je.. Aku selalu tolong dia potong2 kat dapur.. Hehehe.. Jom kita tengok gambar2 ni..

~Sedapnya, kecur air liur aku bila tengok~

~Ni lauk sardin, modified jadi sambal sardin~

~Kacang botol, rajin2 lah makan ulam ye, baik untuk kulit tuan puan~

~Ikan goreng~

~Sambal kentang~

Best je bila teringat kenangan masak2 ni, pas ni dah mula keje, menyewa sendiri, masak-masakn pun kena sendiri.. Apa2 pun jaga lah kesihatan anda dengan baik ye, makan makanan yang berkhasiat.. Ingat makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ye. Ok lah, aku chow dulu..

Wassalam...

~Busy~

Assalamualaikum..

Maaf buat semua member sebab aku jarang update blog aku ni. Biasalah bila dah balik kampung, aku dah mula busy sikit. Al-maklumlah, rumah aku aritu kan banjir, sibuk lah memulakan kerja mengemas rumah, kena basuh pinggan mangkuk yang terkena air bah (banjir) aritu.

Tapi apa2 pun aku cuba merajinkan diri aku ni untuk meng'update'kan blog aku ni. Maaf kalau penggunaan perkataan aku tak betul. Memang tak betulkan. Apa nak jadi dengan cikgu Bahasa Melayu. Perkataan ni memang tak boleh diterima pakai ya. Sila abaikan. Apa2 pun selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti, selamat bekerja buat semua yang sedang bekerja dan juga selamat melangsungkan Walimatu Ursy buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga..

Wassalam..

Monday, November 22, 2010

Mereka menangis, aku??

Assalamualaikum..

Masih dalam mood sedih lagi.. sedih sebab berpisah dengan kawan2 aku yang dah bersama selama 5 tahun setengah.. Mereka semua menangis sewaktu malam last dan pada hari last kami pegi kelas.. Tapi aku tidak, mengapa??? Aku sebenarnya dah nangis dah sebelum tu, aku nangis waktu malam gala nostalgia kat maktab aku aritu.

Aku sebenarnya sedih, tapi aku tahan kolam mataku ni agar tak keluarkan air mata. Sapa tak sedih bila nak berpisah dengan kawan-kawan yang sama-sama bekerja sepanjang 5 tahun setengah.. Apa2 pun korang tetap best.. E1 tetap di hati aku..

Tak mengapa, kita semua jangan lah sedih2 ya.. Anggap lah perpisahan ni hanya sementara sahaja dan lumrah dalam kehidupan. Lepas ni kita akan bertemu kembali. Aku doakan buat diri aku dan semua rakan-rakan batch E especially E1 agar menjadi guru yang terbaik buat anak bangsa kita.. Amin..

Wassalam

p/s : Moga ukhwah yang terjalin terus mekar dan berkekalan.. Insya-Allah..

Saturday, November 13, 2010

~Tamat~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pengajian aku selama 5 tahun setengah dah hampir ke penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja aku akan berada di bumi Ipoh ni.. Aku menjadi tua di sini. Bayangkan aku masuk IPG Kampus Ipoh ni waktu aku umor 19 tahun. Sekarang dah 24 tahun.. Tua dah aku ye..

Rasa sedih bila nak tinggal kan IPG Kampus Ipoh, kawan-kawan, adik-adik junior, pensyarah-pensyarah. Di sini lah dulu berdirinya seorang gadis yang sangat rendah diri, tapi kini, dia mampu mengubah dirinya.. Dia menjadi yakin.. Ini semua berkat dorongan kawan-kawan, tunjuk ajar dari pensyarah, dan kata-kata semangat dari keluarga.. Dia itu adalah aku.. Aku bakal menjadi guru permulaan.. Alhamdulillah, akan aku terus tingkatkan diri aku dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menjadikan diri aku sebagai seorang guru yang terbaik..

Maaf lah, aku emo sikit malam ni.. Biasa lah bila kita nak tinggalkan tempat yang kita dah lama tinggal.. Aku harap korang sentiasa doakan aku agar terus mencari ilmu bagi meningkatkan kemahiran aku dan menjadi guru yang terbaik

Wassalam..

Saturday, November 6, 2010

Makan...makan...makan.. (Part 1)

Assalamualaikum...

Siapa yang suka makan kat sini??? Sila angkat tangan, kaki, hidung dan ape ajelah yang korang boleh angkat... Hahaha.. Semua orang suka makan kan.. Tambah-tambah bila korang pergi pasar malam, masing-masing akan rambang mata.. Hahahaha, sebab tak tau nak pilih makanan yang mana satu.. Tapi aku bila pergi je pasar malam, ada 1 makanan ni mmg aku akan beli.. Kalau aku tak beli, mesti aku akan teringat-ingat je... Nak tau apa dia???

.............

.............

.............

.............

Taraaa.....

Kopok lekor... I Love it very2 much... Muahhhh..

Aku suka juga makan ini...

Ni namanya laksa buyong, ada kat Perak jer.. Sbnarnya apa2 jenis laksa aku suka tau.. Haha

Ni pulak makanan kegemaran kawanku yg tersayang :

Tapi aku pon suka sebenarnya... Hahha.. Sume aku suka kan...

Ni pulak, sate ikan.. Sangat femes kat area Pantai Timur..
Pasni balik kampungku, susah dah nak jumpa....

Nasi dagang, sangat lah sedap, kawanku yang tersayang sangat suka ya...
Aku pon suka gak, aku lagi.. Makan je tak abis2...

Sekian saja cerita tentang makan2... Bertemu lagi dalam episod yang seterusnya....

P/s : Ada hati gak nak jadi duta jalan2 cari makan, jangan jalan2 cari pasal sudah.. Hahaah

Friday, November 5, 2010

Banjir oh banjir

Assalamualaikum..

Aku harap-harap semua yang terlibat dengan banjir sekarang ni, bersabar lah banyak-banyak ye.. Ni semua dugaan daripada Allah S.W.T. Hanya DIA yang maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi ni..

Mungkin kita semua tak sedar bahawa setiap apa yang berlaku ni disebabkan oleh sikap manusia yang penuh dengan kerakusan.. Terlalu mengejar keduniaan, tarah sana, potong sana, potong sini, tak sedar-sedar lagi ke? Memang buat untuk kemudahan manusia, tetapi kadan-kadang dah melampaui batasnya.. Adakah banjir yang berlaku sekarang ni tanda kemurkaan daripada Allah S.W.T ???

Macam yang mak aku cerita, banjir yang berlaku kat kampung aku sekarang ni iaitu Perlis, disebabkan oleh projek-projek pembangunan yang giat dijalankan. Memang lah orang akan kata, banjir sekarang ni berlaku disebabkan oleh hujan yang turun dan juga disebabkan oleh air empangan Timah Tasuh dan air empangan Pedu yang dilepaskan, tapi korang tak sedar ke sebenarnya sistem perparitan yang tak terancang dan juga segala jenis pembangunan ni juga lah punca berlakunya banjir..

Apa-apa pun entri kali ni adalah sekadar ingin korang semua renung balik pada apa yang berlaku, jom kita sama-sama muhasabah diri masing-masing..

p/s : Tak dapat aku balik kampung ...

Wednesday, November 3, 2010

I'm coming back

Assalamualaikum..

Aha.. aku dah kembali semula menyemakkan ruangan blog aku ni... Untuk pengetahuan korang semua, aku baru je abis dua paper exam.. Tapi aku rasa macam dah raya lah pulak.. Hehehe.. Tinggal satu je lagi exam iaitu pada 9 November.. Sekarang ni aku sebenarnya sedang bercuti di Bentong.. Hehehe.. Tempat aku tinggal dulu.. Best teringat kenangan bersama ngan kawan-kawan.. Oklah, aku nak berehat dulu.. Penat sikit dengan perjalanan hari ni.. Nanti kan kemunculan aku untuk menyemakkan lagi blog aku ni dengan macam2 tajuk entri ni..

Related Posts with Thumbnails