TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Sunday, January 24, 2010

Guru oh guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Hasil nukilan :
USMAN AWANG
1979

Buat semua pembaca, hayatilah bait2 sajak di atas.

Apa beza guru dan pendidik?

Mesti pernah dengar mengenai soalan yang sebegini kan? Terutamanya apabila soalan ini diajukan kepada insan-insan yang bergelar cikgu dan juga bakal cikgu. Apa yang anda faham mengenai guru dan juga pendidik? Sebagai insan yang bergelar cikgu, kita haruslah mempunyai sifat dan perwatakan sebagai pendidik, bukan hanya sekadar guru. Pendidik adalah merupakan insan yang bukan sahaja setakat mengajar dan juga mendidik, malah mereka ini juga menjaga hal ehwal murid mereka. Maksud menjaga hal ehwal murid ialah mengambil berat mengenai murid itu, sentiasa membantu murid-murid dan masyarakat yang berada dalam kesukaran dan lain-lain lagi. Pendidik juga adalah seorang individu yang sentiasa ikhlas dalam mendidik anak didik mereka. Mereka ini tidak mengharapkan segala balasan wang ringgit. Yang diharapkan hanyalah kejayaan anak-anak didik mereka Manakala peranan guru pula hanya mengajar muridnya sahaja. Oleh itu, sebagai cikgu dan bakal cikgu, tanyalah diri kita sama ada kita ingin menjadi pendidik ataupun guru. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing

Related Posts with Thumbnails