TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Sunday, December 27, 2009

Selamat Pengantin Baru

Salam..
Lama dah tak berblog. Balik rumah malas nak online (~_^). Ramai betul member-member sekolah yang dah kahwin. Yang terbaru adalah pada minggu lepas. Selamat pengantin baru buat rakan ku iaitu Noor Shahidah. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aku tau pun melalui member aku yang lain iaitu Baya. Waktu tu aku sedang bercuti di Pulau Langkawi. Ramai gak rasanya budak ex-SMKAP yang pegi kenduri tu. Apa-apa pun Selamat pengantin baru buat semua budak-budak ex-SMKAP yang sudah melangsungkan Walimatul Urus korang semua.

Friday, November 20, 2009

Interview Pra-Audit MQF

Tanggal 18 November 2009, telah berlansungnya interview pra audit MQF bagi semua auditee. Huuu...cuak jugak bila berhadapan dengan auditor..Huhuhu.. Macam-macam soalan yang ditanya. Antaranya tentang subjek-subjek yang diambil, bilangan kredit, jumlah jam pembelajaran, nama buku yang digunakan sebagai rujukan dan lain-lain lagi. Banyak gak lah kena hentam. Biasa lah tu kan. Antara soalan yang kami tak boleh nak jawab dan juga menjerat diri kami semua adalah soalan mengenai terjemahan dalam BM. Dahlah baru belajar semester ni, tapi kami tak mampu nak jawab soalan ni. Kena lah perli dengan audiotr. Lagi satu soalan mengenai teori pembelajaran dengan menggunakan Model Bandura pun kami tak boleh jawab. Semuanya diam tak terkata. Cuak muka masing-masing. Tapi apa-apa pun, ni baru pra audit. Nant audit yang sebenarnya tak tau lah macam mana. Harap-harapnya semua ok. Dahlah auditor yang datang tahun depan lagi hebat dan boleh dikatakan ilmu penuhlah di dada bagi tiap-tiap auditor tu. Harapan ku agar semua bersedia lah ya mengahadapi Audit MQF yang sebenar pada tahun hadapan.

Thursday, November 19, 2009

Kejayaan yang menggembirakan

Alhamdulillah, gembiranya aku pada hari ni. Adik bongsuku berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Aku bersyukur kepada Allah. Akhirnya berjaya juga adik aku memotong keputusan antara kami adik beradik. Apa-apa pun tahniah ku ucapkan buat adik ku dan juga tahniah juga aku ucapkan buat semua murid-murid yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2009 ini..

Saturday, November 14, 2009

Seronoknye...

Apa perasaan korang bila, kawan korang yang satu masa dulu yang kelakuannya kurang baik sudah menjadi baik. Mesti seronokkan? Sebab tu lah bla kawan kita berubah menjadi lebih baik, kita jangan lah memperlekeh-lekehkan dia. Cuba bagi semangat kepada dia. Bagi kata-kata perangsang pada dia.. Kalau dia minta pandangan untuk lakukan sesuatu yang baik, cuba beri sokongan kat dia. Janganlah kutuk-kutuk dia pula. Kalau dia minta pandangan tentang agama dan kita tahu tentang kemusykilan itu, cuba lah jawab. Kalau kita kurang arif mengenai masalah agama yang ditanya itu, bertanya lah pada orang yang lebih arif. Itulah gunanya kita sebagai seorang kawan @ sahabat. Gembira bila bersama, menghadapi saat yang gembira bersama-sama, sentiasa bersama walau dalam keadaan susah.Itulah sahabat.

Apa yang aku nak dalam hidup ni??

Apa yang aku nak ya dalam hidup ni. Meh aku senaraikan apa yang aku nak dalam hidup aku ni :

1. Nak jadi hamba Allah yang sentiasa taat & patuh pada perintahnya
2. Nak jadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa mengingatinya.
3. Nak jadi anak yang solehah, sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa
4. Nak jadi seorang wanita yang solehah
5. Nak seorang suami yang soleh
6. Nak jadi guru yang berdedikasi, berinovatif & ......
7. Nak anak-anak yang soleh & solehah

Mampukah aku nak jadi & dapatkan semua ni???? Insya-Allah, aku akan berusaha..

Monday, November 9, 2009

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sunday, November 8, 2009

Peperiksaan yang semakin menghampiri

Bila dah buat kira-kira, uish.. peperiksaan dah semakin hampir dah.. Studynya belum lagi.. Arghhh.. Sesak juga dadaku.. Aku mula exam hari khamis ni.. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada ku untuk menghadapi semua ini. Aminn. Kat bawah ni merupakan jadual peperiksaan aku :

12 November 2009 : Semantik dan Peristilahan (BMM 3111) - 8.30am - 11.00am
17 November 2009 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan (BMM
3112) - 2.30pm - 5.00pm.
19 November 2009 : Pendidikan Moral (ELM 3104) - 2.30pm - 5.00pm.

Apa-apa pun, selamat menghadapi peperiksaan buat semua rakan-rakan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. Aminn Ya Rabbal Alamin

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s : Ujian Allah di akhirat adalah lebih hebat berbanding ujian di dunia ini. Sudah kah kita bersedia menghadapinya?

Tak jadilah kat Taiping..

Praktikum akhir ni tak jadi lah buat kat Taiping.. Hehehehe. Kena buat kat Ipoh, tapi sekolah tak boleh pilih sendiri, unit praktikum yang pilih kan untuk kami. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya dah dapat menjimatkan duit yang tengah tak ada ni.. Apa-apa pun selamat berpraktikum buat semua rakan-rakan..

Thursday, November 5, 2009

Rindunya...

Rindunya kat adik2 aku ni. Gambar kat atas ni adalah merupakan ketiga-tiga orang adikku. Aku merupakan anak sulung dalam keluarga. Rindu sangat nak jumpa dan bercerita dengan diorang. Bila balik rumah, ada ja benda yang nak diceritakan. Adik aku dalam gambar yang pertama tu sekarang ni sedang berpraktikal di Langkawi. Dia sedang belajar di Politeknik Syed Sirajuddin. Adik yang dalam gambar nombor 2 tu pula sedang membuat persediaan untuk menghadapi SPM tahun ini. Adik aku dalam gambar yang terakhir tu pula merupakan adik aku yang paling bongsu sekali. Dia berumur 12 tahun dan sedang berdebar-debar menunggu keputusan UPSR. Apa-apa pun, kakak rindu kat korang semua. Tak sabar nak balik jumpa hampa semua. Tunggulah kepulangan kakak korang ni. (^_^)

Wednesday, November 4, 2009

Praktikum Terakhir

Macam tak caya ja. Tahun depan merupakan tahun terakhir aku belajar di IPGM Kampus Ipoh. Praktikum pada tahun depan juga merupakan praktikum terakhir yang bakal aku tempuhi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Hari ni kami telah mengetahui di mana kami akan jalani praktikum terakhir ini.Kami telah diberi pilihan untuk memilih 2 daerah untuk kami jalani praktikum. Tapi kami 1 kelas bersepakat untuk buat kat Taiping. Aku juga dah pilih sekolah yang akan aku jalani parktikum bersama dengan rakan aku. Praktikum pada kali ini adalah selama 3 bulan.Nama sekolah yang telah dipilih adalah SK Taman Jana. Dekat dengan rumah kawan aku yang tinggal kat sana. Apa2 pun,harap semua rakan-rakan akan enjoy2 dengan praktikum buat kali terakhir

Tuesday, November 3, 2009

Burung Apa? Burung Murai

Burung apa? Burung Murai.... Burung apa? Burung Murai...Itulah jawapan yang diberikan oleh seorang ayah buat anak lelakinya dalam salah sebuah iklan Petronas sempena Hari Raya Aidilfitri. Tanpa rasa jemu ayahnya menjawab soalan yang sama yang telah ditanya kepadanya beberapa kali. Si ayah langsung tak memarahi anaknya malah masih mampu lagi tersenyum setiap kali menjawab soalan anaknya. Apabila anak muda ini telah dewasa, ayahnya turut berulang kali bertanya soalan yang sama yang telah ditanya olehnya ketika dia kecil. Setelah 2 kali menjawab, dia mula naik berang dan memarahi ayahnya. Ini adalah antara kata-katanya, 'Ayah ni, dengar ke atau buat-buat tak dengar?'. Ayahnya telah berkecil hati dengannya, namun begitu setelah ayahnya memberi diari tulisan ibunya mengenai kenangan dia dan ayahnya yang telah dilihat sendiri oleh ibunya, barulah dia sedar tentang kesalahannya, lalu memohon ampun daripada ayahnya. Apa yang korang dapat daripada iklan ni? Sekadar iklan sahaja,ataupun lebih daripada itu. Begitu tersentuh hati ini bila menonton iklan ini. Hati bertambah sayu lagi apabila mendengar lagu ayah dan ibu nyanyian Allahyarham Sudirman melatari iklan ini. Cuba kita lihat, betapa sabarnya seorang ayah menjawab soalan anaknya yang ditanya berulang kali. Tak penah si ayah tu mengeluh mengatakan "Apa kau ni, asyik2 tanya soalan yang sama, penat ayah nak jawab." tapi si anak boleh pulak cakap pada ayahnya "Ayah ni, dengar ke atau buat-buat tak dengar?" apabila ayahnya berulang kali bertanya soalan yang sama kepada si anak. Ptutkah kita sebagai seorang anak bercakap sebegitu pada ayah kita. Jangan nanti, bila dah terhantuk baru terngadah. Bila ayah dah tinggalkan kita, tak sempat nak mintak ampun, baru nak meraung, menyesali perbuatan sendiri. Apa-apa pun fikirkanlah apa yang kita perlu lakukan terhadap ayah kita. Apabila ingin mengeluarkan kata-kata kepada ayah kita, fikirkanlah ayat yang paling berhikmah, janganlah kita mengeluarkan kata-kata yang boleh mengecilkan hati ayah kita. Muhasabah lah diri masing-masing. Jika ada antara korang yang pernah mengecilkan hati ayah, cepat2 mintak ampun kat ayah. Ingat! Kalau tak ada ayah, korang pun tak akan ada di dunia ni.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uuh’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israk, ayat 23-24)

p/s : Teringat kata-kata ayah, "Boleh ka hampa semua nak jaga ayah bila ayah dah tua nanti?" Insya-Allah, anak ayah ini akan tetap menjaga ayah walau bagaimana keadaan ayah sekali pun. Buat insan yang bernama Sabri Bin Hashim, anakmu ini amat menyayangi dirimu, ampunkan diri anakmu andai tersalah laku, terkasar bahasa.

Monday, November 2, 2009

Menguji kesabaran diri

Malam ni, mood aku sedikit terganggu. Tapi tak mengapa aku mampu kawal amarahku ini. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan buat diriku untuk mengawal nafsu amarahku ini..

Epilog Semalam

Salam

Apakah pandangan korang semua tentang anak yang tak sah taraf ataupun lebih dikenali sebagai anak luar nikah? Semua orang akan berpandangan jijik terhadap golongan-golongan ini. Kesian diorang ni. Kerana dosa yang dilakukan mak dan ayah diorang, diorang pulak yang kena tanggung. Dah lah tak boleh jadi pemimpin, tak boleh jadi imam dalam solat plak tu. Dah tu harta pusaka warisan mak dan ayah diorang pun diorang tak kan dapat. Kesian diorang ni. Aku ada baca sebuah cerita dalam laman iLuvIslam.com. Cerita tentang anak tak sah tarafni lah. Harap2 bila dah baca cerita ni, dapat mengubah persepsi kita terhadap diorg. Bacalah cerita di bawah ini yang aku 'copy' dari laman web ini :

Dedikasi khas buat insan yang bernama ibu,yang belum pernah ku cium manja dahinya,belum pernahpun kulihat wajahnya walau sekali cuma.

Dedikasi khas untuk masyarakat agar memahami dilema dan perasaan anak yang tak berbapa,hentikan membuat spekulasi dan pandangan negatif terhadap anak luar nikah.

Dedikasi khas buat remaja Adam dan Hawa yang sedang enak diburu dengan perasaan cinta sementara, membiar nafsu merajai hati,membuang ketepi sebab dan akibat hanya kerana sedetik kepuasan yang tak kekal lama; sementara cuma...

Kutiplah sisa-sisa pengalamanku ini sebagai pengajaran. Bimbang mendung semalam akan berulang.

*********

Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Iman Nadrah masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya. Seketika,tudung biru yang dipakainya menari mengikut rentak angin. Sepasang matanya masih tak berkedip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas.

“Iman,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.

”Ye lah iman. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. Saat itu,Iman cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Iman meneruskan latihan matematik yang diberikan oleh cikgu Latifah. Di satu sudut di hujung kamarnya, iman diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar.

“Ayah, tadi ada kawan Iman tanya kenapa dalam buku Iman nama Iman Nadrah binti Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”

Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. ”Hmm,Iman,kawan-kawan Iman mungkin tak tahu kalau ayah Iman ada dua nama.”

Tersenyum Mak Leha.Lega.

”Boleh ke seorang tu ada dua nama? Iman masih belum berpuas hati.

”Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Iman kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la,” pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Iman. Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? Iman berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.

”Iman, Iman anak ayah sayang.”

Tak bersahut.

”Iman dah tidur bang,” sampuk Mak Leha.

Sekejapnya dia lena,ujar Pak Leman perlahan lantas mendukung Iman ke kamarnya.

“Iman!Iman! Isyh,mengelamun pula budak ni,”leter Mak Leha. Lantas Mak Leha menepuk lembut peha anak gadisnya.

”Ya,mak!” serta-merta dia tersedar. Kembali pulang ke alam realiti setelah sejenak di dunia fantasi.

”Dah maghrib ni,tak baik kalau masih diluar, jom masuk!” Lantas tanpa sepatah kalam bicara,Iman menurut kata ibunya.

Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. Iman akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Iman terluka.

Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Iman sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Iman umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya.I manlah harapan mereka, Imanlah jantung hati mereka kerana Iman satu-satunya anak mereka. Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah. Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Iman merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta. Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?

Hidup dalam kelompok masyarakat yang kebejatan akhlak, Iman harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya.

“Eh!Iman, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku. Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?” Ujar Lina dalam nada menyindir.

”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?” Soal Iman kebingungan.

”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”

Pang! Satu tamparan hebat hadiah daripada Iman atas ucapan Lina.

”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau..."

Iman tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.

Diganggu Rizal

Iman masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Iman pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat. Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Iman cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.

”Ala,rilek Iman.Ini ringan-ringan je.”

”Binatang kau!” Iman meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:

”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”

Persoalan Terungkai

Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya. Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seusai berjemaah di surau. Lantas Iman menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.

Iman menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Iman.Siapa Iman sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Iman bukan anak luar nikah! Iman bukan anak pungut ayah.”

Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Iman. Iman seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.

”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah...."

Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu.

Iman masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka. Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. Namun Iman nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Iman tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.

Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya. Iman menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Iman Nadrah “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya. Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.

Hari Ini..

Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Iman dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. Dan Iman perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya kerana dia yakin dengan firman Allah di dalam surah Al-furqan ayat ke-25:

"Dialah yang menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina dan menciptakan hubungan keturunan (nasab) dan perkahwinan."

Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput.

Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih.

Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.

Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.

Dan dia ingin berjumpa dengan lelaki itu,menitipkan kalam keinsafan,sebelum pulang pada Ilahi,biarlah setiap denyut nadi dalam redha dan keampunanNya.

Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan.

Ya allah,kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihi dan terimalah taubat mereka kerana sesungguhnya kau maha pengampun dan penyayang. Aamin.

p/s : Janganlah disisihkan golongan ini. Mereka bukan lah insan yang berdosa.

Sunday, November 1, 2009

Laskar Pelangi

Rasanya korang sume dah pernah tengok cerita laskar pelangi. Cerita tentang pengorbanan dan kegigihan guru serta kesungguhan murid-murid yang ingin belajar. Dengan keadaan sekolah yang agak daif. Walau bagaimanapun, anak-anak ini merupakan pelajar-pelajar yang cerdik serta pintar. Mereka tetap berusaha belajar dengan rajin walau mereka pun hidup dalam kedaifan. Rasanya anak-anak Malaysia ni pun tak mempunyai kesungguhan macam ni pun. Kagum benar melihat anak-anak dan juga guru-guru dalam cerita ini. Aku berharap agar aku pun dapat jadi macam cikgu-cikgu ni gak. Di bawah ini adalah merupakan lirik lagu Laskar Pelangi. Mari kita sama-sama menghayatinya.

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Selamat Berjihad buat adikku sayang

Salam

Waktu-waktu camni tak tau nak tulis tentang apa. Jam dah menunjukkan 2.24 pagi. Huhuhu. Tiba-tiba teringat pula kat salah seorang adikku yang tersayang. Tak lama lagi dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas pertama yang akan dia duduki ialah pada 18 November ni. Kakak doakan agar adik kakak akan terus berjaya dalam peperiksaan ini. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat berjaya buat semua calon-calon SPM. Moga anda semua berjaya dalam peperiksaan ini.

p/s : Selamat berjihad buat adikku Siti Aishah Bt Sabri. Moga dirimu sentiasa tenang sepanjang menghadapi peperiksaan ini. Ingat Allah selalu

Thursday, October 29, 2009

Anak Kecil

Anak kecil adalah ibarat kain putih. Kita sebagai orang dewasa perlulah mencorakkan mereka sama ada menjadikan mereka sebagai seorang muslim dan sebagainya. Kita sebagai seorang dewasa juga janganlah pula merosakkan kehidupan mereka. Lihatlah wajah2 yang bersih dan tenang di bawah ini. Renung-renungkanlah...

p/s : sedih apabila teringat kembali kes liwat, rogol, dan bunuh ke atas seorang kanak-kanak oleh seorang warga Sudan baru-baru ini.

Wednesday, October 28, 2009

Betul ke ni?

Betul ke ni? Andainya benar, aku pasrah dengan segalanya.Sila baca berita di bawah ini

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

Selamat Menghadapi Perjuangan Baru buat semua Senior PISMK OUM

Salam

Rasanya dah lama juga tak menulis dalam blog ni. Maklumlah sibuk skit sekarang ni. Sibuk dengan MQF, exam dan sebagainya. Untuk semester ni gak, aku telah memegang tanggungjawab sebagai Penolong Ketua Unit,jadi bertambah lah tugas tiap hari. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman baru yang aku boleh gunakan waktu aku ngajar nanti. Tahniah kepada semua rakan-rakan Senior PISMK OUM IPGM Kampus Ipoh yang tak lama lagi bakal menamatkan pengajian diorang. Diorang ni bakal posting pada 1 Disember 2009 ni. Apa2 pun aku doakan moga korang semua berjaya menempuh alam baru iaitu alam perguruan. Cekalkan hati anda semua. Aku juga nak ucapkan selamat menjalani tugas sebagai guru buat semua senior-senior dari IPGM Kampus yang lain. Jadilah seorang guru yang berdedikasi. Tak sabar rasanya nak menempuh alam tu. Seronok pun ada, berdebar pun ada (^_^). Tak apa, pengajian aku dah tinggal lagi setahun. Tahun hadapan merupakan tahun terakhir buat aku dan rakan2 unit E yang lain menghabiskan pengajian kami. Good luck for all of us!!! Aku juga nak ucapkan selamat berjaya untuk semua rakan-rakan yang terlibat dalam Pra-Audit MQF pada 18 November hingga 20 November 2009. Selamat juga menjalani peperiksaan buat semua pelatih IPGM Kampus Ipoh. Semoga kita semua akan terus berjaya

p/s : Selamat berjaya buat semua senior walau di mana anda berada. Be the best teacher

Wednesday, October 14, 2009

Ayah Yang Derhaka

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya ;

1) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri.Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan islam dengan iman dan taqwa.

2) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.

3) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sumber yang diragukan.Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka.Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.

4) Seorang ayah yang terlalu memenuhi keinginan duniawi anak-anaknya secara melampaui batas, segala kemahuan dituruti tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Bila mana anaknya membesar menjadi insan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain hatta keluarganya sendiri.

Renung-renungkanlah saudaraku..

Kadang-kadang bila di dalam hidup kita dirundung masalah yang tidak pernah putus-putus, cuba kita muhasabah diri bagaimanakah hubungan kita dengan Allah selama ini dan bagaimanakah hubungan kita dengan ibu dan ayah kita.

Cubalah koreksi diri sendiri adakah solat kita sempurna, rezeki yang kita perolehi selama ini adakah berkat, dan adakah kita telah mengeluarkan zakat.

Mungkin selama ini hati kita masih lagi kotor dengan dosa yang kita lakukan tanpa pernah bertaubat.Ayuhla semua dirikan solat sunat taubat semoga diri kita, keluarga kita, anak- anak kita dikurniakan hati yang bersih, barulah kebahagiaan akan dapat kita kecapi.

Renung-renungkanlah ...

Sunday, September 6, 2009

23 perkara yang jangan dilakukan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara² yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara yang jangan dilakukan dan seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah S.W.T

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki ( Selipar ). Dikhuatiri
terbawa najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh
kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti kita terlepas daripada mendapat rezeki
yang rezeki mahal. ( kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat )

5. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan

6. Jangan makan tanpa membaca " Bismillahhirrahmann irahim " dan doa makan.
Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan ( kalo jadi macam
badang x mengapa )

7. Jangan KELUAR RUMAH tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan Takut² mati
dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku. net/sepaku- nur-addin/ 1848-23-perkara- jangan-dilakukan .html
mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila² masa

12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim

13. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah S.W.T. dalam setiap
kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal

14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.

15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

16. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan Allah S.W.T.

17. Jangan biasakan berbohon kerana ia adalah ciri² munafik dan
menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18. Jangan berada dalam bilik air terlalu lama. Kerana disitulah tempat tinggal
jin kafir dan syaitan.

19. Jangan suka² memasang kemenyan kerana itu adalah makanan jin.

20. Jangan lupa membaca "Bismillahirrahmann irrahai m dan salam ketika masuk
kerumah dikhuatiri jin dansyaitan masuk bersama. ( jin digi kot )

Wassalam.

p/s : Ini adalah artikel yang dihantar oleh sahabat saya ke dlm email saya. Marilah kita sama-sama menghayatinya (^_^)

Saturday, September 5, 2009

Naluri anak kecil

Adakah kita menyedari naluri, kehendak dan juga perasaan anak-anak kecil kita ataupun adik-adik kecil kita? Sebagai seorang ibu, bapa, , kita haruslah sedar dengan perasaan serta keperluan anak-anak kecil kita. Di sini saya ingin bawa 1 kisah kepada anda semua :

Ada seorang anak kecil yang bernama F. Sekarang sudah berumur hampir 3 tahun. Ibu dan bapanya telah berpisah sejak anak kecil ini berumur hampir 1 tahun akibat tidak sefahaman dan juga disebabkan oleh jiwa mereka yang masih muda, yang masih lagi ingin bersuka ria bersama dengan rakan-rakan mereka. Sejak itu, dia tidak lagi merasai kasih serta belaian dari seorang ibu. Pada mulanya ada juga ibunya menjaga anak kecil ini. Namun tidak lama selepas itu, ibunya tidak lagi menjaganya. Dirinya tidak lagi diambil berat. Setelah itu ibunya jarang menjenguk dirinya. Jika ibunya menjenguk pun hanya sebentar saja. Jika ibunya datang untuk mengambil dan menjaganya pun, hanyalah selama 2 hari atau paling lama pun 1 minggu. Dia tinggal bersama dengan ayah dan juga neneknya. Kini dia tidak lagi mengenali ibunya sendiri. Jika dia bertemu dengan ibunya, dan ibunya cuba bermesra dengannya, dia akan terus menangis dan tidak mahu mendekati ibunya sendiri. Sampai ibu sendiri tidak dikenalinya. Jika dilihat pada matanya, kita akan dapat melihat kebeningan serta kesedihan yang ditanggungnya. Matanya itu menggambarkan pelbagai cerita serta kesedihan yang ditanggungnya. Sedih jika sesiapa yang melihat anak kecil ini. Sehingga kini masih lagi tidak dapat bertutur. Dia tidak dapat meluahkan kata-katanya sendiri, sama ada merindui atau mengingati ibunya. Kini dia mampu hidup berdikari sendiri.

Daripada cerita ini, dapat saya simpulkan kita sebagai ibu bapa fikirkanlah keperluan anak-anak.Jangan lah diabaikan anak yang masih kecil. Mereka tidak tahu apa2.Janganlah kita merosakkan perasaan serta kehidupan anak kecil. Lengkapkanlah diri kita semua dengan ilmu rumah tangga, ilmu menjaga dan mendidik anak-anak dan juga ilmu agama dalam melayari rumah tangga agar anak-anak tidak terabai. Berikanlah perhatian kepada anak-anak kita kerana anak-anak sememangnya inginkan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Anak-anak kecil juga mempunya jiwa yang sangat halus. Oleh itu fikir-fikirkanlah apa yang perlu dilakukan oleh kita semua

Salam Ramadhan

Salam buat semua sahabat. Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ini. Maklumlah, sebelum ini saya sibuk menghadapi praktikum di sekolah. Alhamdulillah dah selesai akhirnya praktikum buat kali ke-2 ini. Sekarang ni, diri ni sibuk kembali dan kembali menjadi pelajar. Sebelum tu, saya ingin ucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua sahabat. Pada hari ini, dah 15 hari kita berpuasa. Harap2 kita semua dapat menghabiskan puasa hingga ke akhir Ramadhan ini. Rebutlah segala peluang yang ada dalam yang penuh kemuliaan ini.

Salam buat semua sahabat

Monday, July 6, 2009

Rahsia Pemakanan Genius Islam...

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

Saturday, July 4, 2009

Rumah Sewa oh Rumah Sewa....

Salam...

Pada minggu ini, semua pelatih unit E dan F IPGM Kampus Ipoh dikehendaki untuk tinggal di luar institut.. Dalam erti kata lain, kami semua dikehendaki untuk mencari dan menyewa rumah di luar.. Huhuhu.. Memang agak penat lah, memandangkan semua pelatih unit E sedang menjalani praktikum di sekolah sekarang... Tapi nak buat macam mana kan, arahan harus diikuti.. Sibuk skit lah minggu ni, kena cari rumah sewa, kena pegi sekolah.. Tak mengapa.. Sabar2.. Sabar kan sebahagian daripada iman.. Apa2 pun, selamat mencari rumah sewa buat semua pelatih unit E dan F..

p/s: Jaga diri elok2 ya bila duduk di luar tu..

Thursday, July 2, 2009

Praktikum 2

Salam buat semua guru-guru Pelatih IPGM seluruh Malaysia dan juga rakan-rakan yang lain juga tidak saya lupa.. Sekarang, bermulalah episod saya sebagai seorang guru di sekolah, bukan dah posting ya, tapi sedang menjalani praktikum buat kali kedua.. Hihihi.. Saya sedang berpraktikum di SK Tambun, Ipoh Perak.. Tempoh parktikum 2 adalah selama 8 minggu iaitu bersamaa dengan 2 bulan.. Praktikum pada kali ini bermula pada 26 Jun 2009 hingga 21 Ogos 2009.. Pada minggu ini, diriku ini telah bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.. Join budak main bola jaring.. Memang seronok tengok gelagat anak-anak ini.. Seronok punya seronok sampai jariku ini terseliuh sewaktu menerima bola dari murid-murid.. Hihihi.. Memang pengalaman yang menyeronokkan.. Walaupun sakit, diriku ini tetap juga main dengan murid-murid ini.. Apa reaksi murid-murid bila tengok cikgu baru?? Mereka semua memang sangat seronok dengan kami semua.. Siap tanya lagi, "Cikgu, minggu depan cikgu ada tak lagi ajar kami bola jaring," kata salah seorang murid.. Aku rasa hampir2 nak ketawa gak, sebab tak pandai pun main bola jaring, sikit2 boleh lah.. Hehehe.. Walaubagaimana pun, diri ini tetap mencuba juga.. :-). Minggu ni tidak mengajar lagi.. Aku akan memulakan sesi pengajaran pada minggu hadapan.. Pada praktikum kali ini, aku akan mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani.. Apa-apa pun, Selamat berpraktikum buat semua guru-guru pelatih yang sedang menghadapi praktikum...

Biodata Rasulullah S.A.W

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

Kesabaran dan Kesungguhan Membawa Kejayaan...

Masih teringat lagi kenangan ku semasa menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di Perak. Aku masih teringat lagi segala kata-kata dan nasihat yang disampaikan oleh guru pembimbingku di sekolah itu. Dia sering berpesan bahawa, seorang guru itu haruslah ikhlas, bersungguh-sungguh, dan bersabar dalam mengajar serta mendidik anak-anak murid kita sehingga mereka berjaya.

Kata-katanya ini terbukti melalui apa yang telah dilakukannya. Beliau telah berjaya mengajar serta mendidik anak-anak murid yang kini berada di Tahun 5. Anak-anak ini merupakan murid-murid yang dikategorikan sebagai murid-murid dalam Kelas Pemulihan. Anak-anak ini pada asalnya tidak boleh membaca dan menulis. Alhamdulillah, berkat usaha beliau yang bersungguh-sungguh, sentiasa sabar serta ikhlas, beliau telah berjaya membuatkan anak-anak ini berjaya membaca serta menulis dengan izin Allah s.w.t.. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh beliau. Beliau sanggup menghabiskan wang serta masa dalam mendidik anak-anak ini. Aku dapat lihat bahawa tidak ada guru-guru lain di sekolah ini yang sanggup mengajar sebegini. Guru ini tidak lah garang tetapi beliau merupakan seorang guru yang tegas. Aku berharap agar diriku dapat menjadi seperti beliau. Insya-ALLAH.

Pada praktikum yang lalu aku dan juga rakanku diberikan kepercayaan untuk mengajar kelas tersebut.. Buat kali pertama mengajar kelas ini, memang susah juga untuk mengajar mereka. Tetapi lama-kelamaan aku dan juga rakan ku dapat menyesuaikan diri kami dengan murid-murid kelas ini. Mereka merupakan murid-murid yang pandai jika diasuh dengan sebaik-baiknya. Mereka juga merupakan murid-murid yang baik dan rajin membantu guru di sekolah. Mereka sering berkata padaku, "Cikgu, budak-budak kelas lain semuanya mengatakan yang kami bodoh dan tidak pandai". Aku membalas kembali kata-kata mereka, "Cikgu tahu, kamu semua pandai dan baik, kamu abaikan kata-kata mereka tu. Cikgu nak mulai sekarang, kamu belajar rajin-rajin ya". Kadangkala, aku berasa tersentuh hati dengan kata-kata mereka itu. Aku berasa kasihan dengan mereka. Aku sering memberikan kata-kata semangat kepada mereka agar terus berusaha untuk berjaya dalam hidup. Mereka merupakan anak-anak yang mendengar kata. Aku berharap suatu hari nanti mereka akan menjadi insan berjaya. Itulah doaku buat mereka.

Aku juga berharap agar diriku ini sentiasa sabar, ikhlas serta bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsaku. "Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan buat diriku dalam mendidik anak-anak bangsaku menjadi insan yang berguna pada keluarga, masyarakat, agama dan negara". Tiada apa yang aku harapkan selain daripada kejayaan anak-anak didikku. Insya-ALLAH..

Thursday, June 4, 2009

Cuti....

Assalamualaikum w.b.t....

Ape khabar sume rakan2.?? Harap2 sume sihat dan seronok menghadapi cuti sekolah ini.. Ape aktiviti yang anda sume sedang lakukan... Harap2 sume lakukan perkara2 yg berfaedah... Saya seperti biasa membantu mak dan ayah di rumah.. Kurang2 dapat meringankan beban mak dan ayah wlupun bantuan yang diberikan tu x lah seberat mana pun.. Alhamdulillah saya dapat meringankan beban mak dan ayah saya.. Saya membantu mak saya menjual nasi lemak.. Saya juga ada membantu ayah berniaga di pasar tani.. Saya berharap agar diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk terus membantu mak dan ayah saya... Insya-ALLAH... Saya berharap sume rakan-rakan IPGM dapat memanfaatkan cuti anda semua selama 3 minggu ni... Kita akan bertemu lagi pada masa yang lain.. Insya-ALLAH.. Sekian...

Wassalam...

Dugaan

Dugaan...
Setiap hari kita akan menghadapi pelbagai dugaan dari Allah S.W.T.. Antara kita mampu bertahan ataupun tidak.. Sebagai seorang MUSLIM, kita haruslah ingat bahawa setiap dugaan yang kita terima adalah merupakan ujian dari Allah S.W.T.. Allah nak lihat setakat mana kita mampu menahan dugaan dariNYA.. Orang-orang yang mampu menghadapi dugaan tanpa sebarang keluh kesah adalah merupakan orang yang berjaya.. Oleh itu, jika kita hendak menjadi seorang MUSLIM yang berjaya, kita haruslah menghadapi semua dugaan tanpa mengeluh atau merungut. Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui tahap kemampuan setiap hambaNYA apabila DIA menguji setiap hambaNYA dengan pelbagai dugaan. Janganlah kita menyalahkan takdir apabila kita ditimpa sebarang musibah dan dugaan. Jadilah seorang MUSLIM yang sentiasa berpegang dengan RUKUN IMAN yang KEENAM iaitu BERIMAN KEPADA QADA' dan QADAR.. Kita akan menjadi seorang MUSLIM yang sentiasa berjaya sama ada di dunia dan di akhirat apabila kita sentiasa berpegang dengan RUKUN IMAN yang KEENAM ini.. Ya Allah, KAU jadikanlah diriku sebahagian daripada hamba-hambaMU yang sentiasa bersabar dengan segala ujian dari MU.. Aminn...

Thursday, May 28, 2009

Mengharapkan Pertolongan Allah S.W.T.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Allah berfirman yang bermaksud :
Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku kerana Allah
berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasa-NYA
memasukkan malam dan siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti);
dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.
(Surah al-Haj : 61)

Sebagai hamba Allah, manusia sememangnya lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain. Kerana sifat itu jugalah, mereka sering dianiaya dan hak mereka dicabuli. Memang lumrah kehidupan, siapa yang kuat dan berkuasa akan disanjung dan dihormati. Sementara mereka yang lemah pula ditindas dan dizalimi.

Oleh yang demikian, mereka harus bersabar atas dugaan yang menimpa dengan mengharapkan pertolongan Allah. Berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sepenuh hati kerana Allah berkuasa atas segalanya sama seperti berkuasanya Allah menguasai peraturan alam buana ini.

Dia menciptakan malam dan siang silih berganti. Begitu juga pertukaran musim-musim sama ada musim panas, sejuk, luruh dan sebagainya. Kekuasaan-NYA sungguh mengagumkan dengan tidak pernah mungkir atau terlewat. Janji Allah pasti berlaku..

Teks di atas saya ambil daripada Majalah Nur Jun 2009... Moga kita semua mendapat iktibar dari teks ini...

Wassalam

Thursday, May 21, 2009

Peperiksaan

Bismillahhirahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua sahabat..
Minggu ini adalah minggu peperiksaan untuk semua pelajar sama ada murid sekolah,mahupun pelatih-pelatih IPGM di seluruh Malaysia. Saya merupakan salah seorang pelatih IPGM Kampus Ipoh yang sedang menghadapi peperiksaan.. Baru selesai menghadapi 2 kertas exam, ade lah lagi dalam 3 paper.. Selesai untuk minggu ni, bersambung lagi minggu hadapan.. Ya Allah berikanlah kemudahan kepada diriku ini dalam menghadapi peperiksaan ini, Kau berikanlah ketenangan kepada diriku ini untuk menghadapi peperiksaan ini. Kau permudahkanlah segala urusan ku ini... Aminn.. Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua rakan IPGM Kampus Ipoh yang sedang berjihad di jalan Allah.. Semoga Allah memudahkan urusan kalian semua...

P/S : All da best 2 all frends... :)

Tuesday, May 12, 2009

Saya Menulis Bukan Kerana Nama

Salam..
Salam ini saya tujukan khas buat semua sahabat yang tercinta.. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita akan bertambah kuat dan terus berkekalan.. Sesungguhnya saya menulis bukanlah kerana nama, tetapi saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman serta pengetahuan yang saya dapat Berikanlah tunjuk ajar kepada diri saya ini.. Sesungguhnya, saya ini hanyalah seorang insan yang lemah.. Wahai sahabatku sekalian, berilah teguran sekiranya diri ini alpa serta melakukan kekhilafan dalam menghadapi perjunagan yang belum selesai ini... Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini sendiri..

Related Posts with Thumbnails