TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Saturday, September 5, 2009

Naluri anak kecil

Adakah kita menyedari naluri, kehendak dan juga perasaan anak-anak kecil kita ataupun adik-adik kecil kita? Sebagai seorang ibu, bapa, , kita haruslah sedar dengan perasaan serta keperluan anak-anak kecil kita. Di sini saya ingin bawa 1 kisah kepada anda semua :

Ada seorang anak kecil yang bernama F. Sekarang sudah berumur hampir 3 tahun. Ibu dan bapanya telah berpisah sejak anak kecil ini berumur hampir 1 tahun akibat tidak sefahaman dan juga disebabkan oleh jiwa mereka yang masih muda, yang masih lagi ingin bersuka ria bersama dengan rakan-rakan mereka. Sejak itu, dia tidak lagi merasai kasih serta belaian dari seorang ibu. Pada mulanya ada juga ibunya menjaga anak kecil ini. Namun tidak lama selepas itu, ibunya tidak lagi menjaganya. Dirinya tidak lagi diambil berat. Setelah itu ibunya jarang menjenguk dirinya. Jika ibunya menjenguk pun hanya sebentar saja. Jika ibunya datang untuk mengambil dan menjaganya pun, hanyalah selama 2 hari atau paling lama pun 1 minggu. Dia tinggal bersama dengan ayah dan juga neneknya. Kini dia tidak lagi mengenali ibunya sendiri. Jika dia bertemu dengan ibunya, dan ibunya cuba bermesra dengannya, dia akan terus menangis dan tidak mahu mendekati ibunya sendiri. Sampai ibu sendiri tidak dikenalinya. Jika dilihat pada matanya, kita akan dapat melihat kebeningan serta kesedihan yang ditanggungnya. Matanya itu menggambarkan pelbagai cerita serta kesedihan yang ditanggungnya. Sedih jika sesiapa yang melihat anak kecil ini. Sehingga kini masih lagi tidak dapat bertutur. Dia tidak dapat meluahkan kata-katanya sendiri, sama ada merindui atau mengingati ibunya. Kini dia mampu hidup berdikari sendiri.

Daripada cerita ini, dapat saya simpulkan kita sebagai ibu bapa fikirkanlah keperluan anak-anak.Jangan lah diabaikan anak yang masih kecil. Mereka tidak tahu apa2.Janganlah kita merosakkan perasaan serta kehidupan anak kecil. Lengkapkanlah diri kita semua dengan ilmu rumah tangga, ilmu menjaga dan mendidik anak-anak dan juga ilmu agama dalam melayari rumah tangga agar anak-anak tidak terabai. Berikanlah perhatian kepada anak-anak kita kerana anak-anak sememangnya inginkan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Anak-anak kecil juga mempunya jiwa yang sangat halus. Oleh itu fikir-fikirkanlah apa yang perlu dilakukan oleh kita semua

2 comments:

nz said...

oh. teringat paper metro kelmarin. adik beradik 3 org umur 4,5,6 thn x salah, ditinggalkan ibu kandung sndri dpn hospital 3 thn lps. skrng dok kat umah rumah kebajikan la.

:(
:(
:(

ape agaknya penyebab ibu dia wat cam tu??
x de duit besrkan anak? selamatkan anak drpd ayah yg x bertanggungjawab? ibu nak kawin lain? huh... mcm2 alasan bleh dipikirkan tp Allah saje la yg tau isi hati manusia..

AiSyAh HuMaIrAh said...

Tui tu kak, x tau lah ape sebabnya. Tapi tu lah, kalau kita betul nak mempunyai anak, kita kena ada ilmu nak jaga dan didik anak. Kalau x de ilmu, mmg terabai lah anak-anak. Anak ni kan ibarat kain putih, kita sebagai ibu dan bapa seharusnya tahu nak mencorakkannya.

Related Posts with Thumbnails