TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Tuesday, May 25, 2010

45 000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Kenapa ya tiba-tiba aku tulis tentang tajuk kat atas ni?? Kalau siapa yang baca surat khabar hari ni mesti tahu tentang hal ini. Bagi aku perkara ni korang fikir lah sendiri. Kenapa perlu nak ambik sijil cuti sakit kalau kita tak sakit. Fikir lah sama bila kita ambil cuti sakit dengan sijilnya, gaji kita still berjalan kan. Berkat ke gaji kita tu?? Fikir2 kan lah, kita nak kehidupan yang berkat tapi apa yang kita dah buat bila kita amalkan perkara sebegini. Ingat, kita cari rezeki untuk anak isteri kita bukan kita sorang je makan. Kita bekerja ni pun bukan setakat untuk mengejar bekalan dunia tapi untuk bekalan akhirat. Untuk semua pembaca dan blogger2.. Harap2 fikirkanlah perkara ni..

p/s: renung2 kan..

Monday, May 24, 2010

Merdekaa...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah, selesai akhirnya exam aku.. Huhuhu.. Ari ni last paper.. Nak tau paper pe? Action Research.. Sakit kepala jawab paper tu. Tapi apa-apa pun semuanya dah selesai. Alhamdulillah. Aku sekarang ni atas bas, balik kampung.. Hohoho balik kampung..hohoho balik kampung..hohoho balik kampung..Hati riang.. Perlis, tunggukan kepulanganku.

p/s : pening kepala la plak menaip atas bas ni..hehehe

Saturday, May 15, 2010

Guru Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sekarang ni aku nak tunjuk kat korang semua lirik lagu yang selalu aku nyanyikan waktu perhimpunan seiap pagi Jumaat di IPG Kampus Ipoh. Bagi aku lagu ni adalah ikrar semua guru Malaysia dalam memikul tanggungjawab masing-masing. Bagi sesiapa yang tahu lagu ni, jom kita nyanyi sama-sama..

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

p/s : teringat waktu sambutan hari guru kat sekolah dulu, cikgu2 nyanyikan lagu ni. Sekarang aku pula yang nyanyi. Tak sangka betul

Guru oh Guru

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sebenarnya aku dah pernah post dah sajak ni dalam blog aku. Walau bagaimanapun, aku sengaja post lagi entri ni bersempena dengan hari guru yang akan disambut oleh semua guru pada 16 Mei 2010. Aku harap semua pembaca dan blogger2 dapat menghayati sajak nukilan Allahyarham Usman Awang ini

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

p/s : menitis air mata bila aku membaca sajak ni

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2010 bersamaan dengan hari Ahad, aku nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia, bakal-bakal guru di semua Institut Pendidikan Guru serta IPTA, pensyarah dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan Guru serta IPTA dan semua bekas guru yang telah menamatkan perkhidmatan masing-masing. Terima kasih yang tidak terhingga ingin aku ucapkan buat semua pendidik yang telah mendidikku serta memberi ilmu yang bermanfaat sejak aku bersekolah tadika,sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, dan juga IPG. Tanpa kalian semua aku tidak akan pandai membaca, menulis dan mengira Aku juga kini bergelar pendidik seperti kalian. Terima Kasih CIKGU !!!

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

p/s : Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang pernah mengajarku di Tadika KEMAS SK Pengkalan Chepa; SK Kem Tentera, Sandakan ; SRK Kem Pakit, Sri Aman ; SK Sulaiman, Bentong ; SMKA Perempuan Kangar ; Kolej Matrikulasi Perlis ; dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jasa kalian akan aku kenang hingga ke akhir hayat. Panggilan keramat "cikgu" buat diri kalian akan terus terpahat di hatiku. Aku kini bergelar pendidik hasil didikan kalian semua. Terima Kasih "CIKGU" !!!

Apa nasib guru sekarang??

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Kenapa aku tulis entri yang bertajuk sebegini. Hal ini kerana aku ingin memperingatkan semua pembaca dan blogger2 mengenai nasib guru pada zaman sekarang. Kalau dulu, mak ayah tak kisah langsung bila guru memarahi dan juga menghukum anak-anak mereka. Hal ini kerana mereka tahu guru-guru ini ingin mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan yang berguna. Tapi kalau zaman sekarang, pantang betul bila anak masing-masing kena hukum atau kena marah. Silap-silap hari diorang pula yang marah cikgu kerana menghukum anak-anak mereka. Tujuan guru adalah ingin mendidik.

Setakat marah tak mengapa lagi, tapi ada yang siap maki hamun, bawa kes sampai ke court. Padahal kesnya kecil ja. Kalau anda semua pembaca yang prihatin, mesti ada baca kan kisah guru yang kesnya dibawa hingga ke court dalam surat khabar semata-mata menghukum anak-anak diorang. Mak ayah tak sedar sebenarnya anak-anak mereka ini yang sering menguji kesabaran guru, sering buat hal di sekolah, pelbagai masalah disiplin yang budak-budak ni sering timbulkan. Mana cikgu sekarang tak hilang sabar. Berdasarkan pengalaman aku sendiri sewaktu praktikum lepas, ada mak ayah budak ni yang datang marah cikgu sebab rotan anak dia sampai nak makan dan cubit ayam goreng pun tak boleh. Padahal cikgu tu pukulnya sikit je, tapi budak tu je yang lebih. Budak-budak ni kadang-kadang depan mak ayah baik je, bila depan cikgu pula Tuhan saja yang tahu.

Kalau aku lah ada anak-anak nanti, aku sebagai ibu akan izinkan guru memberi hukuman jika anak aku melakukan kesalahan. Sebab aku tau tujuan cikgu menghukum adalah untuk mendidik. Memang besar cabaran buat aku dan juga mereka yang bergelar pendidik pada zaman sekarang. Sabar banyak2 ya. Ibu bapa kena sedar kalau tidak ada guru, anak-anak mereka tidak akan pandai membaca, menulis dan mengira.. Mari kita hayati 1 rangkap sajak yang aku petik dalam sajak 'Guru oh guru' karya Allahyarham Usman Awang. Bagi aku rangkap sajak ni memberi kesan kepada aku sebagai bakal pendidik. Mampu menitiskan air mata bagi mereka yang menghayati dan memahaminya Moga dijadikan iktibar

Friday, May 14, 2010

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Tetiba pula nak bagai sedikit peringatan untuk korang semua. Walaubagaimanapun, aku bukan lah seorang insan yang sempurna tetapi sekadar untuk memberi peringatan untuk saudara2ku yang seagama dengan ku. Dalam Islam sendiri pun memang menggalakkan kita saling ingat-mengingati. Kita sebagai seorang muslim harus ingat 5 perkara ni sebelum datang 5 perkara lagi :

1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit
3. Kaya sebelum miskin
4. Masa lapang sebelum datang waktu sibuk
5. Masa hidup sebelum datangnya waktu mati

Mari kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah s.a.w :
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

p/s : peringatan buat diri aku sendiri dan semua blogger-blogger yang membaca entri ni.

Thursday, May 13, 2010

Sponsor

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Sponsor?? Kenapa tiba-tiba aku pilih tajuk entri ni?? Cuba korang semua teka?? Hahahaha.. Tak pe lah, biar aku yang jawab. Aku pilih tajuk entri ni sebab aku baru je balik daripada mintak sponsor untuk bekalan aku dan rakan-rakan ke Bandung.. Memang best dapat jalan2 ke Bandung,tak sabar rasanya. Ok, berbalik kepada tajuk entri kita hari ni, sponsor.. Untuk pengetahuan pembaca dan blogger, hari ni aku dan rakan-rakan telah pergi mencari sponsor bersama-sama. Bak kata Wonderpets, 'APA YANG PENTING KERJASAMA'. Dengan kata2 tu kami bersama-sama keluar dan masuk ke pelbagai pertubuhan persendirian, kedai dan juga bank walaupun ada antaranya tak nak layan kami. Huhuhu.. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman dan juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi aku sendiri. Ni antara tempat-tempat yang kami dah pegi tadi..

1. Celcom Center

2. HPA cawangan Ipoh

3. EON Bank
4. Kedai kain Riamoda
5. Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)
6. Bank Rakyat (Greentown, Ipoh)

p/s : Esok nak pegi jumpa manager HPA kat cawangan Ipoh yang besar punya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua..

Blogku oh blogku

Salam dan Salam 1 Malaysia buat semua bloggers..

Untuk pengetahuan anda semua, hari ni genap 1 tahun 1 hari usia blog aku ni. Sedar tak sedar dah setahun aku berblog. Mesti anda terfikirkan sepatutnya bila dah setahun berblog ni, mesti banyak entry yang aku dah tulis kan?? Macam orang lain aku tengok blog diorang dah penuh dengan pelbagai entri. Aku punya pulak sikit je. Anda tau tak mengapa keadaan sebegini berlaku? Ini disebabkan oleh kekangan masa yang tak dapat dielakkan. Maklumlah, aku ni student dan dalam masa yang sama sibuk dengan urusan2 praktikum di sekolah dan juga dengan pelbagai jenis assignment. Tak sempat nak update blog.

Walaubagaimanapun, aku dah mula berjinak-jinak balik dengan dunia blog dalam bulan Mei 2010. Hahahah.. Agak lama gak tu aku baru nak update blog aku. Huhuhu. Apa2 pun maaf dipohon buat semua follower aku yang hanya dapat membaca cerita2 basi aku je disebabkan diri aku ni yang tidak men'update'kan blog aku. Apa-apa pun aku nak nyanyikan lagu Happy Birthday buat blog aku ni. Jom nyanyi sama-sama ngan aku. Hehehehe

Happy birthday to u
Happy birthday to u
Happy birthday to my blog
Happy birthday to u..

Najah untuk kita semua.

Minggu ni merupakan minggu ulang kaji buat aku dan juga rakan2 di IPG Kampus Ipoh dan mungkin juga di semua IPG seluruh Malaysia. Tapi ada juga adik2 juniorku yang dah mula exam. Apa2 pun selamat menjawab peperiksaan. Do the best. Moga Najah menjadi milik kita semua. Insya-Allah. Aku pulak akan mula exam minggu depan iaitu pada 18 Mei dan berakhir 24 Mei. 3 paper untuk sem ni. Jom tinjau2 jadual exam aku :

18 Mei 2010 (8.30pg-11.00pg): Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

19 Mei 2010 (2.30ptg-5.00ptg) : Kebudayaan Melayu

24 Mei 2010 (8.30pg-11.00pg) : Penyelidikan Tindakan dalam Bahasa Melayu

Studynya belum lagi nih. Huhuhu.. Buat rakan2 dan semua blogger, bagilah kata2 semangat buat aku untuk menghadapi exam ni dan memulakan study aku.. =)

p/s: Selamat menghadapi exam buat semua rakan-rakan di IPG Kampus Ipoh, IPG2, IPTA2 dan IPTS2 di seluruh Malaysia dan juga mereka yang menuntut di Universiti di luar negara. Moga Najah milik kita semua. Good Luck =)

Prinsip cintaku

Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.

Pemilik Cintaku

Pernahkah korang fikir siapa pemilik cinta korang setelah Allah dan Rasul?? Namun selepas korang baca buku kat bawah ni, korang semua mesti akan mendapat jawapannya..

Penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya, penghormatan buat para isteri yang memuliakan suaminya

Tajuk buku ni ialah Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul yang telah ditulis oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis ni agak femes gak lah. Penulis telah menceritakan tentang kisah cintanya setelah berkahwin. Yang indahnya, penulis langsung tidak pernah bertemu apatah lagi bercinta dengan suaminya ini sebelum berkahwin. Inilah namanya hubungan cinta dan kasih sayang yang berlandaskan syariat Islam. Bagusnya kalau aku dapat mengikut cara bercinta seperti ini. Cara suaminya mendidik, memimpin dan membimbing penulis adalah mengikut cara Rasulullah..

Penulis seorang wanita yang solehah. Alhamdulillah, penulis pun dah dapat suami yang soleh. Bagaimana pula diri aku.?? Memang banyak pengajaran juga yang aku dapat daripada buku ni. Buku ni tak mahal pun harganya. Hanya RM12 sahaja, harap2 korang semua cepat2 lah dapatkan buku ni. Dapat jadi pengajaran buat semua golongan tanpa mengira usia. Penulis juga ada menulis sebuah lagi novel yang bertajuk 'Tautan Hati'. Novel ni pun best gak. Sememangnya ilmu yang terkandung dalam novel ini banyak membantu aku terutamanya dalam menjawab persoalan-persoalan akidah dan kepercayaan kewujudan ALLAH S.W.T Meh aku tunjuk cover depan, senang sikit korang semua nak cari.

Apa2 pun selamat mencari dan membaca 2 buah buku di atas. Moga mendapat manfaat daripadanya. Renung-renungkan dan selamat beramal =)

Tuesday, May 11, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Tetiba pula rasa nak tulis post tentang cuti. Sebenarnya aku nak cita tentang cuti-cuti aku bersama familyku yang tersayang. Percutian ni berlaku pada hujung tahun lepas di Langkawi. Apa2 pun, jom kita layan gambar-gambar percutianku ini. Check it out... =)

Apelah dua beradik ni dok sembang...hehe

Pemandangan waktu pagi di Pantai Cenang.. Sangat indah

Ni plak di Makam Mahsuri

Ni lak kat Rumah Mahsuri.. Posing lg diorang ni

Laman Padi

Bahagian hadapan laman padi

Cantiknya tapak sulaiman ni..=)

Sejuk mata memandang..

Aku ngan adik-adik

Mak ngan adik aku.. Atas feri sebelum ke Langkawi

Hampir 2 jam dalam air.. Terketar-ketar lak pulak..Huhuhu

Jemput makan...

Monday, May 10, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk

Ramai antara kita yang membaca Surah Al-Mulk. Namun tidak mengetahui kelebihan-kelebihan @ fadhilat-fadhilatnya. Di sini, aku nak kongsi ngan anda semua mengenai kelebihan membaca Surah Al-Mulk. Aku petik artikel ini dari salah satu laman yang terkenal iaitu iluvislam.com. Bagi mereka yang tidak mengetahui kelebihannya, boleh lah membaca artikel di bawah. Bagi mereka yang sudah tahu, kita sama-sama lah mengingati kembali kelebihan-kelebihan surah ini.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam tirmidzi)

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh tabrani)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

7.Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk “(Tabaraarakal-Lazi).” (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

8.Daripada Anas Ibnu Malik berkata: “rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)

9.Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya)

*Teringat masa zaman sekolah dulu, waktu tinggal di asrama, selalu baca Surah Al-Mulk tiap-tiap malam sebelum tidur secara berjemaah. Moga aku dapat meneruskan amalan ini. Insya-ALLAH.

Sunday, May 9, 2010

Syurga di telapak kaki Ibu

Menitis air mataku bila mendengar lagu dendangan Aishah ini. Terasa diriku ini banyak melakukan kesalahan kepada emakku. Maafkan kesalahan anakmu ini. Di bawah ni, aku sekali lagi telah memaparkan lirik lagu nyanyian Aishah buat renungan diri kita semua

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu

Dedikasi buat ibuku yang tersayang..

Tiada yang indah dapat aku rasakan bila memandang wajah ibuku yang sedang tersenyum senang. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua ibu, emak, mak, mummy, umi, mama dan apa jualah panggilan untuk semua ibu di dunia. Mungkin ucapan tak sama nilainya dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu-ibu di dunia, namun ucapan ini adalah sebagai penghargaan diriku buat ibuku yang tersayang. Andai tiada ibu, kita tidak akan dapat melihat dunia indah ciptaan Allah s.w.t. Kita tidak akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang, individu yang berpangkat tinggi dalam kerjaya masing-masing jika ibu kita mengabaikan kehidupan kita ini.

Janganlah kita mencontohi sifat Si Tanggang yang lupa akan jasa ibunya dan juga derhaka kepada ibunya, hingga dia disumpah menjadi batu. Jangan sampai kita dianggap sebagai anak yang derhaka bila kita mengabaikan kehidupan ibu kita. Mari kita ambil contoh kisah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah mengecilkan hati ibunya dan tidak mampu untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di saat kematian menjemputnya.

Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: “Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya.” (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa saja dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, Islam mengharamkan anak daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakit dan menyinggung perasaan ibu. Pendek kata, ibulah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan dilakukannya.

Bukankah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: “Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”

Hadis Rasulullah SAW ini mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain, walau kepada bapa sekalipun. Malah, Rasulullah SAW menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis itu, barulah Baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak.

Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya melupakan peranan bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Justeru, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap bapa.

Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu. Ibu bapa berperanan besar dalam membentuk kehidupan, kelangsungan dan kebahagiaan anak mereka.

Di sini aku ingin paparkan lirik lagu nyanyian Aishah yang bertajuk Syurga di telapak kaki ibu. Kepada semua pembaca, marilah kita hayati dan muhasabah diri masing-masing :

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Selamat hari ibu buat emakku yang paling ku sayangi. Kalau tiada mak, mungkin takkan lahir diriku ke dunia ini. Bagiku bukan hari ini sahaja adalah hari ibu. Setiap hari adalah hari ibu. Oleh itu sambutlah hari ibu pada setiap hari. Hargai dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Jangan diabaikan mereka

Thursday, May 6, 2010

6 bulan lagi..

Sedar tak sedar, dah 5 tahun aku belajar untuk menjadi seorang pendidik di IPG Kampus Ipoh. Aku mula masuk dulu tahun 2005. Waktu tu IPG Kampus Ipoh masih bernama Maktab Perguruan Ipoh Perak. After that, tukar nama Institut Perguruan Ipoh Perak, then nama bertukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Nama ditukar lagi kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.

Aku sebenarnye nak cerita pa ni?? Ish2... Kembali kepada topik asal aku, aku akan berada di sini hanya selama 6 bulan lagi.. Dah lama sangat aku kat sini, hampir 5 tahun dah. Tak sabar rasenye nak habis. Aku pasti akan mengingati pelbagai peristiwa yang berlaku selama aku di IPG Kampus Ipoh ni.

My FB status :

Saya sayang adik2 junior sy, rakan2 saya, pekerja2 IPG Kampus Ipoh, pensyarah2 IPG Kampus Ipoh yang banyk membantu. Tinggal 6 bulan lagi saya di sini. Doakan sy menjadi guru yang sabar, gigih dan berdedikasi dalam mendidik, membentuk, mengasuh anak bangsa kita semua

Andai Ku Tahu

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]

* Teringat akan detik kematian yang kita tak tahu bila akan menghampiri kita.

Wednesday, May 5, 2010

Gembiranya... =)

Hari ini berlaku peristiwa yang menggembirakan. Kawan aku merangkap rumate aku telah dicalonkan untuk praktikum cemerlang. Bahagia dan gembira rasanya aku. Bagi aku, kejayaannya, kejayaan aku jugak. Pada hari ni jugak sesi refleksi praktikum 3 dijalankan di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh. IPG mana murid-murid?? IPG Kampus Ipoh, Cikgu.. Pelbagai pengalaman dan cerita yang aku dengar daripada calon2 cemerlang ketika praktikum kat sekolah aritu. Ade juga kata2 nasihat yang aku dapat daripada salah seorang pensyarah dari unit praktikum.Dia menyatakan,apabila kawan kita sudah berjaya atau menghampiri puncak kejayaan, kita kena push@ tolak dia hingga sampai ke puncak kejayaan. Jangan pulak kita tarik kaki dia ke bawah hingga terjatuh ke tangga kegagalan. Oleh itu, aku akan terus push rumate aku ni hingga ke puncak kejayaan. Aku terus menyokong dirinya dalam apa jua perkara yang dia lakukan. Tahniah rumateku =). Kejayaan milikmu. Kejayaanmu adalah kejayaanku juga

Tuesday, May 4, 2010

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

p/s : lagu ini ku tujukan utk rakan-rakanku, andai ada kesalahan yang dilakukan, maaf di pohon.

Monday, May 3, 2010

Kehidupan sebagai student

Kehidupan aku sebagai student di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) telah bermula kembali pada hari ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir interaksi sebelum melangkah ke minggu ulang kaji dan exam. Tiap2 hari kelas sampai petang. Hari saja kelas sampai jam 5 petang. Hari-hari yang seterusnya pula, kelas akan tamat pada jam 4 petang. Huhuhu. Agak penat gak lah. Namun, harus ku gagahkan diri ini juga bagi menghabiskan pengajianku. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku di IPG ini sebelum dihantar posting ke mana-mana yang aku tak tahu lagi. Moga Allah memberi kekuatan buat diriku untuk menghabiskan pengajianku dengan jayanya. Aminn

Sunday, May 2, 2010

Saya sayang cikgu

Teringat ayat yang ditulis dalam surat murid-murid aku. Hahaha. Memang nak tergelak gak lah. Aku boleh dikategorikan sebagai cikgu yang garang gak lah. Mana taknya, bila kita larang diorang jangan buat benda ni, diorang buat gak. Lastly ape lagi, aku pun mula lah mengamuk, marah-marah diorang. Untuk pengetahuan korang semua, walaupun aku marah budak2 ni, aku tetap sayangkan diorang. Almaklumlah, darah muda kan, cepat lah melenting bila budak2 buat hal. Adelah sorang budak ni. Biarlah aku namakan dia R. R ni budak yang paling nakal dalam kelas yang aku ajar ni. Tiap2 kali aku masuk kelas, ade je benda yang dia buat menimbulkan kemarahan aku. Kadang2 kena cubit gak ngan aku. Hehehe. Waktu hari last aku praktikum kat sekolah ni, aku dapat surat daripada R. Antara ayat yang dia tulis dalam surat tu ialah "Saya sayang Cikgu Atiqah walaupun cikgu selalu marah-marah saya". Mungkin budak tu sedar yang aku marah dia sebab dia nakal sangat2. R siap bagi alamat rumah dia kat aku lagi. Mungkin nak aku balas surat tu kot. Hehehehe. Rasa terharu pulak dapat surat daripada budak yang paling nakal dalam kelas tu. Macam2 budak2 ni. Kadang-kadang aku senyum sorang2 bila teringat telatah diorang. Apa2 pun aku merindui telatah diorang. Aku sayangkan diorang. Tak pe, dalam bulan 7 atau 8 ni aku akan kembali ke sekolah tu semula selama sebulan. Tunggukan kemunculan cikgu ye wahai anak2 kesayangan cikgu =) . Untuk mengubat kerinduan ku terhadap budak2 ni, aku selitkan beberapa gambar kanak-kanak nakal ni.

Comelnye anak2 murid ku ini,cikgu rindu korang semua =)

Ish2, budak ni tido pulak waktu jawab exam, Cepat2 bangun

SMKAP.. Kau di hatiku..

Masih teringat kata guru-guru di SMKAP, ingat bumi SMKAP adalah bumi wakaf. Setiap yang ada di tanah ini akan sentiasa bertasbih, memuji kebesaran-NYA. Jadi ingatlah setiap perbuatan yang dilakukan oleh kamu semua. Itulah kata-kata guru-guru SMKAP yang masih aku ingat ketika menuntut ilmu di bumi yang penuh barokah ini. Aku amat merindui segalanya yang ada di sana. Rindu akan sekolah itu, rindu akan guru-guru di sana, rindu akan suasana di sana, rindu akan rakan-rakan seperjuanganku. Huh. Alangkah indahnya jika dapat kembali semula pada masa itu. Aku masih ingat kepada salah seorang cikgu Kimia kat sekolah tu. Namanya Cikgu Aishah. Beliau merupakan seorang guru yang tegas dan agak garang lah. Namun, aku tetap hormat dan sayang kepadanya. Mana taknya, dia telah mendidik aku dan rakan2. Tahun aku ambik SPM tu, ramai yang dpt A dalam Kimia. Thanks to Cikgu Aishah. Thanks to all teachers in the SMKAP. Terima kash kerana telah memberi ilmu kepada ku. Walau bagaimanapun akan aku jadikan pengalaman di bumi SMKAP sebagai kenangan yang terindah. Aku amat merindui akan rakan-rakan seperjuanganku, bila la dapat bertemu dengan korang semua?? Masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Ni adalah gambar kenangan di SMKAP..

Di sinilah serikandi dilahirkan. Aku salah sorangnye ke?

5 Sumaiyah(2003). Rindunya kat korang sume.

Dua orang guru yang pernah mengajar aku. Sorang nama Cikgu Sadirah, ngajar Bio, sorang lagi nama Cikgu Masdura, ajar aku BI

* SMKAP - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan.

Cikgu yang jadi student plak..

Alhamdulillah, final practicum aku dah selesai. Dah habis praktikum, kna la masuk maktab balik la, study2.. Aritu ngajar budak2, ni aku plak kena belajar balik. Hehehe. Nak penuhkan kan ilmu di dada, sebelum nak bagi ilmu kat anak-anak orang. Itu lah resam kehidupan. Nak mengajar budak2 untuk menjadi modal insan ni amatlah penting.Jadi sebagai guru, kita haruslah mempunyai ilmu yang penuh di dada. Kalau tak de ilmu, habislah rosak anak2 orang.. Buat semua pndidik, ingat tau.. Pendidik ni adalah arkitek yang membina manusia untuk menjadi doktor lah, engineer dan lain-lain lagi. Sentiasalah jadi pendidik yang berilmu.. =)

Related Posts with Thumbnails