TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Friday, August 6, 2010

KSSR ganti KBSR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Mesti korang tertanya-tanya apa tu KSSR kan? Bagi sesetengah pihak, mungkin tau apa tu KSSR. KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan beriringan dengan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) tanpa daihapuskan. Ilmu baru ni aku dapat dari pensyarah PJ aku yang bagi taklimat tentang kurikulum baru ni. KSSR ini hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2011 di semua sekolah2 di Malaysia bagi murid2 tahun 1 sahaja. Bagi murid2 tahun 2-6, mereka masih gunakan KBSR. KSSR ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tahun demi tahun.

Untuk pengetahuan korang semua, dalam KBSR kita pakai buku teks kan, tapi dalam KSSR kita gunakan modul yang akan menggantikan buku-buku teks. Pendekatan pengajaran dalam KSSR juga adalah lebih interaktif sesuai dengan perkembangan zaman kini dan juga perkembangan kanak2 sekarang. Maklumlah, kanak2 sekarang kan makin advance, silap2 lagi hebat dari cikgu2 sekarang. So memang sesuai sangat lah dengan KSSR yang baru diwujudkan ni. Aku sebagai guru muda sangat suka dengan pembaharuan ni.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Harap-harapnya, perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia akan disokong semua pihak dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Pastikan kanak-kanak di negara kita ni dapat pendidikan yang sebaiknya.

p/s : berdebar pulak nak laksanakan dasar baru ni tahun depan.

2 comments:

Karisma Izzah said...

mohon di copy dan print untuk kegunaa personal...

saya sedang buat PSM I dengan tajuk KSSR...

masih blur lagi sebenarnye...tapi bila bace artikel ni, dah paham la sikit KSSR tu ape dan tau hala tuju PSM tu... Thanks atas artikel yang bermanfaat.

~me...~ said...

salam. mohon copy untk tugasan ye. tq atas article yg berguna ni..

Related Posts with Thumbnails