TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Friday, November 20, 2009

Interview Pra-Audit MQF

Tanggal 18 November 2009, telah berlansungnya interview pra audit MQF bagi semua auditee. Huuu...cuak jugak bila berhadapan dengan auditor..Huhuhu.. Macam-macam soalan yang ditanya. Antaranya tentang subjek-subjek yang diambil, bilangan kredit, jumlah jam pembelajaran, nama buku yang digunakan sebagai rujukan dan lain-lain lagi. Banyak gak lah kena hentam. Biasa lah tu kan. Antara soalan yang kami tak boleh nak jawab dan juga menjerat diri kami semua adalah soalan mengenai terjemahan dalam BM. Dahlah baru belajar semester ni, tapi kami tak mampu nak jawab soalan ni. Kena lah perli dengan audiotr. Lagi satu soalan mengenai teori pembelajaran dengan menggunakan Model Bandura pun kami tak boleh jawab. Semuanya diam tak terkata. Cuak muka masing-masing. Tapi apa-apa pun, ni baru pra audit. Nant audit yang sebenarnya tak tau lah macam mana. Harap-harapnya semua ok. Dahlah auditor yang datang tahun depan lagi hebat dan boleh dikatakan ilmu penuhlah di dada bagi tiap-tiap auditor tu. Harapan ku agar semua bersedia lah ya mengahadapi Audit MQF yang sebenar pada tahun hadapan.

Thursday, November 19, 2009

Kejayaan yang menggembirakan

Alhamdulillah, gembiranya aku pada hari ni. Adik bongsuku berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Aku bersyukur kepada Allah. Akhirnya berjaya juga adik aku memotong keputusan antara kami adik beradik. Apa-apa pun tahniah ku ucapkan buat adik ku dan juga tahniah juga aku ucapkan buat semua murid-murid yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2009 ini..

Saturday, November 14, 2009

Seronoknye...

Apa perasaan korang bila, kawan korang yang satu masa dulu yang kelakuannya kurang baik sudah menjadi baik. Mesti seronokkan? Sebab tu lah bla kawan kita berubah menjadi lebih baik, kita jangan lah memperlekeh-lekehkan dia. Cuba bagi semangat kepada dia. Bagi kata-kata perangsang pada dia.. Kalau dia minta pandangan untuk lakukan sesuatu yang baik, cuba beri sokongan kat dia. Janganlah kutuk-kutuk dia pula. Kalau dia minta pandangan tentang agama dan kita tahu tentang kemusykilan itu, cuba lah jawab. Kalau kita kurang arif mengenai masalah agama yang ditanya itu, bertanya lah pada orang yang lebih arif. Itulah gunanya kita sebagai seorang kawan @ sahabat. Gembira bila bersama, menghadapi saat yang gembira bersama-sama, sentiasa bersama walau dalam keadaan susah.Itulah sahabat.

Apa yang aku nak dalam hidup ni??

Apa yang aku nak ya dalam hidup ni. Meh aku senaraikan apa yang aku nak dalam hidup aku ni :

1. Nak jadi hamba Allah yang sentiasa taat & patuh pada perintahnya
2. Nak jadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa mengingatinya.
3. Nak jadi anak yang solehah, sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa
4. Nak jadi seorang wanita yang solehah
5. Nak seorang suami yang soleh
6. Nak jadi guru yang berdedikasi, berinovatif & ......
7. Nak anak-anak yang soleh & solehah

Mampukah aku nak jadi & dapatkan semua ni???? Insya-Allah, aku akan berusaha..

Monday, November 9, 2009

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sunday, November 8, 2009

Peperiksaan yang semakin menghampiri

Bila dah buat kira-kira, uish.. peperiksaan dah semakin hampir dah.. Studynya belum lagi.. Arghhh.. Sesak juga dadaku.. Aku mula exam hari khamis ni.. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada ku untuk menghadapi semua ini. Aminn. Kat bawah ni merupakan jadual peperiksaan aku :

12 November 2009 : Semantik dan Peristilahan (BMM 3111) - 8.30am - 11.00am
17 November 2009 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan (BMM
3112) - 2.30pm - 5.00pm.
19 November 2009 : Pendidikan Moral (ELM 3104) - 2.30pm - 5.00pm.

Apa-apa pun, selamat menghadapi peperiksaan buat semua rakan-rakan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. Aminn Ya Rabbal Alamin

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s : Ujian Allah di akhirat adalah lebih hebat berbanding ujian di dunia ini. Sudah kah kita bersedia menghadapinya?

Tak jadilah kat Taiping..

Praktikum akhir ni tak jadi lah buat kat Taiping.. Hehehehe. Kena buat kat Ipoh, tapi sekolah tak boleh pilih sendiri, unit praktikum yang pilih kan untuk kami. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya dah dapat menjimatkan duit yang tengah tak ada ni.. Apa-apa pun selamat berpraktikum buat semua rakan-rakan..

Thursday, November 5, 2009

Rindunya...

Rindunya kat adik2 aku ni. Gambar kat atas ni adalah merupakan ketiga-tiga orang adikku. Aku merupakan anak sulung dalam keluarga. Rindu sangat nak jumpa dan bercerita dengan diorang. Bila balik rumah, ada ja benda yang nak diceritakan. Adik aku dalam gambar yang pertama tu sekarang ni sedang berpraktikal di Langkawi. Dia sedang belajar di Politeknik Syed Sirajuddin. Adik yang dalam gambar nombor 2 tu pula sedang membuat persediaan untuk menghadapi SPM tahun ini. Adik aku dalam gambar yang terakhir tu pula merupakan adik aku yang paling bongsu sekali. Dia berumur 12 tahun dan sedang berdebar-debar menunggu keputusan UPSR. Apa-apa pun, kakak rindu kat korang semua. Tak sabar nak balik jumpa hampa semua. Tunggulah kepulangan kakak korang ni. (^_^)

Wednesday, November 4, 2009

Praktikum Terakhir

Macam tak caya ja. Tahun depan merupakan tahun terakhir aku belajar di IPGM Kampus Ipoh. Praktikum pada tahun depan juga merupakan praktikum terakhir yang bakal aku tempuhi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Hari ni kami telah mengetahui di mana kami akan jalani praktikum terakhir ini.Kami telah diberi pilihan untuk memilih 2 daerah untuk kami jalani praktikum. Tapi kami 1 kelas bersepakat untuk buat kat Taiping. Aku juga dah pilih sekolah yang akan aku jalani parktikum bersama dengan rakan aku. Praktikum pada kali ini adalah selama 3 bulan.Nama sekolah yang telah dipilih adalah SK Taman Jana. Dekat dengan rumah kawan aku yang tinggal kat sana. Apa2 pun,harap semua rakan-rakan akan enjoy2 dengan praktikum buat kali terakhir

Tuesday, November 3, 2009

Burung Apa? Burung Murai

Burung apa? Burung Murai.... Burung apa? Burung Murai...Itulah jawapan yang diberikan oleh seorang ayah buat anak lelakinya dalam salah sebuah iklan Petronas sempena Hari Raya Aidilfitri. Tanpa rasa jemu ayahnya menjawab soalan yang sama yang telah ditanya kepadanya beberapa kali. Si ayah langsung tak memarahi anaknya malah masih mampu lagi tersenyum setiap kali menjawab soalan anaknya. Apabila anak muda ini telah dewasa, ayahnya turut berulang kali bertanya soalan yang sama yang telah ditanya olehnya ketika dia kecil. Setelah 2 kali menjawab, dia mula naik berang dan memarahi ayahnya. Ini adalah antara kata-katanya, 'Ayah ni, dengar ke atau buat-buat tak dengar?'. Ayahnya telah berkecil hati dengannya, namun begitu setelah ayahnya memberi diari tulisan ibunya mengenai kenangan dia dan ayahnya yang telah dilihat sendiri oleh ibunya, barulah dia sedar tentang kesalahannya, lalu memohon ampun daripada ayahnya. Apa yang korang dapat daripada iklan ni? Sekadar iklan sahaja,ataupun lebih daripada itu. Begitu tersentuh hati ini bila menonton iklan ini. Hati bertambah sayu lagi apabila mendengar lagu ayah dan ibu nyanyian Allahyarham Sudirman melatari iklan ini. Cuba kita lihat, betapa sabarnya seorang ayah menjawab soalan anaknya yang ditanya berulang kali. Tak penah si ayah tu mengeluh mengatakan "Apa kau ni, asyik2 tanya soalan yang sama, penat ayah nak jawab." tapi si anak boleh pulak cakap pada ayahnya "Ayah ni, dengar ke atau buat-buat tak dengar?" apabila ayahnya berulang kali bertanya soalan yang sama kepada si anak. Ptutkah kita sebagai seorang anak bercakap sebegitu pada ayah kita. Jangan nanti, bila dah terhantuk baru terngadah. Bila ayah dah tinggalkan kita, tak sempat nak mintak ampun, baru nak meraung, menyesali perbuatan sendiri. Apa-apa pun fikirkanlah apa yang kita perlu lakukan terhadap ayah kita. Apabila ingin mengeluarkan kata-kata kepada ayah kita, fikirkanlah ayat yang paling berhikmah, janganlah kita mengeluarkan kata-kata yang boleh mengecilkan hati ayah kita. Muhasabah lah diri masing-masing. Jika ada antara korang yang pernah mengecilkan hati ayah, cepat2 mintak ampun kat ayah. Ingat! Kalau tak ada ayah, korang pun tak akan ada di dunia ni.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uuh’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israk, ayat 23-24)

p/s : Teringat kata-kata ayah, "Boleh ka hampa semua nak jaga ayah bila ayah dah tua nanti?" Insya-Allah, anak ayah ini akan tetap menjaga ayah walau bagaimana keadaan ayah sekali pun. Buat insan yang bernama Sabri Bin Hashim, anakmu ini amat menyayangi dirimu, ampunkan diri anakmu andai tersalah laku, terkasar bahasa.

Monday, November 2, 2009

Menguji kesabaran diri

Malam ni, mood aku sedikit terganggu. Tapi tak mengapa aku mampu kawal amarahku ini. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan buat diriku untuk mengawal nafsu amarahku ini..

Epilog Semalam

Salam

Apakah pandangan korang semua tentang anak yang tak sah taraf ataupun lebih dikenali sebagai anak luar nikah? Semua orang akan berpandangan jijik terhadap golongan-golongan ini. Kesian diorang ni. Kerana dosa yang dilakukan mak dan ayah diorang, diorang pulak yang kena tanggung. Dah lah tak boleh jadi pemimpin, tak boleh jadi imam dalam solat plak tu. Dah tu harta pusaka warisan mak dan ayah diorang pun diorang tak kan dapat. Kesian diorang ni. Aku ada baca sebuah cerita dalam laman iLuvIslam.com. Cerita tentang anak tak sah tarafni lah. Harap2 bila dah baca cerita ni, dapat mengubah persepsi kita terhadap diorg. Bacalah cerita di bawah ini yang aku 'copy' dari laman web ini :

Dedikasi khas buat insan yang bernama ibu,yang belum pernah ku cium manja dahinya,belum pernahpun kulihat wajahnya walau sekali cuma.

Dedikasi khas untuk masyarakat agar memahami dilema dan perasaan anak yang tak berbapa,hentikan membuat spekulasi dan pandangan negatif terhadap anak luar nikah.

Dedikasi khas buat remaja Adam dan Hawa yang sedang enak diburu dengan perasaan cinta sementara, membiar nafsu merajai hati,membuang ketepi sebab dan akibat hanya kerana sedetik kepuasan yang tak kekal lama; sementara cuma...

Kutiplah sisa-sisa pengalamanku ini sebagai pengajaran. Bimbang mendung semalam akan berulang.

*********

Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Iman Nadrah masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya. Seketika,tudung biru yang dipakainya menari mengikut rentak angin. Sepasang matanya masih tak berkedip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas.

“Iman,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.

”Ye lah iman. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. Saat itu,Iman cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Iman meneruskan latihan matematik yang diberikan oleh cikgu Latifah. Di satu sudut di hujung kamarnya, iman diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar.

“Ayah, tadi ada kawan Iman tanya kenapa dalam buku Iman nama Iman Nadrah binti Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”

Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. ”Hmm,Iman,kawan-kawan Iman mungkin tak tahu kalau ayah Iman ada dua nama.”

Tersenyum Mak Leha.Lega.

”Boleh ke seorang tu ada dua nama? Iman masih belum berpuas hati.

”Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Iman kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la,” pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Iman. Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? Iman berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.

”Iman, Iman anak ayah sayang.”

Tak bersahut.

”Iman dah tidur bang,” sampuk Mak Leha.

Sekejapnya dia lena,ujar Pak Leman perlahan lantas mendukung Iman ke kamarnya.

“Iman!Iman! Isyh,mengelamun pula budak ni,”leter Mak Leha. Lantas Mak Leha menepuk lembut peha anak gadisnya.

”Ya,mak!” serta-merta dia tersedar. Kembali pulang ke alam realiti setelah sejenak di dunia fantasi.

”Dah maghrib ni,tak baik kalau masih diluar, jom masuk!” Lantas tanpa sepatah kalam bicara,Iman menurut kata ibunya.

Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. Iman akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Iman terluka.

Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Iman sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Iman umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya.I manlah harapan mereka, Imanlah jantung hati mereka kerana Iman satu-satunya anak mereka. Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah. Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Iman merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta. Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?

Hidup dalam kelompok masyarakat yang kebejatan akhlak, Iman harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya.

“Eh!Iman, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku. Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?” Ujar Lina dalam nada menyindir.

”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?” Soal Iman kebingungan.

”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”

Pang! Satu tamparan hebat hadiah daripada Iman atas ucapan Lina.

”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau..."

Iman tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.

Diganggu Rizal

Iman masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Iman pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat. Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Iman cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.

”Ala,rilek Iman.Ini ringan-ringan je.”

”Binatang kau!” Iman meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:

”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”

Persoalan Terungkai

Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya. Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seusai berjemaah di surau. Lantas Iman menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.

Iman menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Iman.Siapa Iman sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Iman bukan anak luar nikah! Iman bukan anak pungut ayah.”

Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Iman. Iman seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.

”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah...."

Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu.

Iman masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka. Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. Namun Iman nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Iman tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.

Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya. Iman menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Iman Nadrah “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya. Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.

Hari Ini..

Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Iman dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. Dan Iman perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya kerana dia yakin dengan firman Allah di dalam surah Al-furqan ayat ke-25:

"Dialah yang menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina dan menciptakan hubungan keturunan (nasab) dan perkahwinan."

Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput.

Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih.

Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.

Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.

Dan dia ingin berjumpa dengan lelaki itu,menitipkan kalam keinsafan,sebelum pulang pada Ilahi,biarlah setiap denyut nadi dalam redha dan keampunanNya.

Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan.

Ya allah,kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihi dan terimalah taubat mereka kerana sesungguhnya kau maha pengampun dan penyayang. Aamin.

p/s : Janganlah disisihkan golongan ini. Mereka bukan lah insan yang berdosa.

Sunday, November 1, 2009

Laskar Pelangi

Rasanya korang sume dah pernah tengok cerita laskar pelangi. Cerita tentang pengorbanan dan kegigihan guru serta kesungguhan murid-murid yang ingin belajar. Dengan keadaan sekolah yang agak daif. Walau bagaimanapun, anak-anak ini merupakan pelajar-pelajar yang cerdik serta pintar. Mereka tetap berusaha belajar dengan rajin walau mereka pun hidup dalam kedaifan. Rasanya anak-anak Malaysia ni pun tak mempunyai kesungguhan macam ni pun. Kagum benar melihat anak-anak dan juga guru-guru dalam cerita ini. Aku berharap agar aku pun dapat jadi macam cikgu-cikgu ni gak. Di bawah ini adalah merupakan lirik lagu Laskar Pelangi. Mari kita sama-sama menghayatinya.

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Selamat Berjihad buat adikku sayang

Salam

Waktu-waktu camni tak tau nak tulis tentang apa. Jam dah menunjukkan 2.24 pagi. Huhuhu. Tiba-tiba teringat pula kat salah seorang adikku yang tersayang. Tak lama lagi dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas pertama yang akan dia duduki ialah pada 18 November ni. Kakak doakan agar adik kakak akan terus berjaya dalam peperiksaan ini. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat berjaya buat semua calon-calon SPM. Moga anda semua berjaya dalam peperiksaan ini.

p/s : Selamat berjihad buat adikku Siti Aishah Bt Sabri. Moga dirimu sentiasa tenang sepanjang menghadapi peperiksaan ini. Ingat Allah selalu

Related Posts with Thumbnails