TINGGALKAN JEJAK KORANG YE !

PENGIKUT2 KU

Friday, March 1, 2013

Kembali semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Maaf lah dah lama tak berceloteh dalam blog ni.. Mungkin disebabkan kesibukan aku dgn kerja seharian.. Sedar tak sedar dah masuk tahun ketiga aku menjadi seorang pendidik, hampir setahun juga aku dah berumah tangga.. Heheh..

Umur aku pun dah makin bertambah.. Namun masih belum dikurniakan zuriat.. Apa2 pun aku menerima segala ketentuan daripada NYA.. Bak kata kwn2 ku, masih baru lagi.. Honeymoon lah dulu.. Heheh.. Baiklah kwn2 ku.. Apa2pun doa2 kan aku ya rakan2 blogger agar dikurniakan aku zuriat yang soleh dan solehah.. Cukup 40 org aminkan doa ni.. Insya-Allah makbulkan.. heheh.. Apa2 pun aku akan terus bersabar dan akan terus berusaha.. Usaha itu tangga kejayaan kan..

Skrg ni aku sedang menunggu kepulangan en. suamiku yg tersayang pulang.. Dia ada majlis kt shah Alam.. katanya dia on da way blk.. Rindunya kat dia, wlu kna tinggl beberapa jam.. hehe.. begitulah lumrah pasangan2 yg telah berkahwin.. Moga cinta dan kasih sayang kami berdua akan terus berkekalan hingga ke syurga.. Amin.. =)

Nilah aku dan dia =)

Luv u so much syg..

...
...
...
...

Sekian untuk coretan kali ni.. =)

...
...
...
...

Wassalam...

Friday, July 13, 2012

La Tahzan

Assalamualaikum..

Salam sayang buat semua sahabat dan blogger serta juga blogwalker.. Hopefully semuanya berada dalam keadaan sihat sentiasa dan dipanjangkan umur serta diberi nikmat sihat agar terus berpeluang melaksanakan amalan2 ibadat dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi..

Sejak2 akhir ni, diri ni asyik rasa sedih je, x tau lah kenapa. Suamiku selalu berpesan kepadaku, bermohonlah ngan DIA, sesungguhnya DIA maha mendengar segala rintihan hamba-hambaNYA.. Harap-harap kesedihan ini berakhir tak lama lagi... Alhamdulillah, sejak aku hidup bersama suamiku hampir 4 bulan ni, dia banyak memberikan semangat kepadaku semasa aku kesedihan dan menghadapi masalah juga menjaga ku dan membantuku apabila aku sakit.. Untungnya bila dah kahwin, bila sakit ada orang jaga.. Sapa yang lum kahwin tu, jom kahwin cepat.. Heee..

Jadi buat kawan2 ku semua yg hadapi masalah atau sedang bersedih, pesanku LA TAHZAN kepada semua.. Innallaha ma'ana (",).. Allah sentiasa bersama kita, tak kira kita dalam keadaan susah ke senang ke,  gembira ke sedih ke.. DIA sentiasa bersama kita.. Adakalanya kita ja yang melupakan DIA bila kita senang dan gembira.. Bila sedih baru nak ingat DIA..Nampaknya aku terpaksa stop di sini dulu, harap apa yang aku tulis ni dapat jadi renungan buat kita semua.. Aku ni x de lah pandai pun bab2 agama, tapi sama2 berkongsi apa yang aku tau skit2...Tunggukan entri-entri yang lain daripadaku

Sekian...
Wassalam....

Thursday, July 12, 2012

Muncul Kembali

Assalamualaikum
Apa khabar semua blogger2? Sudah lama diriku ini tidak berblogging.. Kini aku muncul kembali... Aku juga sudah bertukar status, kalau dulu aku menjadi tunangan orang, sekarang ni aku sudah menjadi isteri.. Penuh dengan tangguungjawab, bukan setakat menjadi pendidik, malah juga telah memikul tanggungjawab kepada suamiku yang tercinta.. Apa-apa pun jom kita sama2 preview gambar perkahwinanku bersama suami ku..
Tunggukan aku dengan entri-entri terbaruku.. Sekian.. Wassalam..

Wednesday, June 8, 2011

Persediaan pertama....

Assalamualaikum..

Sewaktu aku menulis post ni, aku masih lagi bercuti di kampung.. Sebenarnya, macam2 perkara yang aku sedang fikirkan.. Pejam celik, pejam celik sekejap je masa rasa, sekarang ni dah nak masuk pertengahan bulan 6.. Ape pun aku tak buat lagi.. Tapi apa2 pun aku dah mula menjaga kesihatan luaran dan dalaman aku..

Aku sekarang sedang mengamalkan Catalyst VCO yang telah disyorkan oleh sorang member aku iaitu Elis Afia.. Dia juga adalah stokis catalyst. Aku bukan setakat ambik VCO je, aku pun ambil collagen daripada Catalyst.. Alhamdulillah, ada rasa perubahan jugak pada kulit aku yang kering ni.. Di samping tu gak, aku turut amalkan minum air putih 3 liter sehari... Kulit pun dah rasa lembab skit..

Collagen Catalyst

VCO Catayst

Itu jelah persediaan pertama yang aku baru buat untuk hari perkahwinan aku.. hehe... tak mampu nak buat yang lain-lain lagi disebabkan kekangan2 yang tertentu.. Aku akan sambung lagi kisah persediaan aku sebagai bride to be pada waktu yang lain.. Sekian..

Wassalam

p/s : Buat bakal2 pengantin dan yang dah jadi pengantin, boleh share2 tip menjaga kesihatan diri menjelang perkahwinan korang.. Sharing is caring ;)

Friday, June 3, 2011

DIA MAHA MENGETAHUI

Assalamualaikum..

Maaf buat semua blogger.. Agak lama aku tidak meng'update'kan blog aku yg dah bersawang ni.. Sibuk dengan kerja2 harian.. Nak blogwalking pun tak sempat.. hmmm

Kenapa ya aku buat tajuk ni, mungkin sebab pelbagai tekanan yang aku hadapi kini.. Alhamdulillah, setakat ini aku mampu hadapinya.. Tunang dan keluarga tersayang banyak memberi dorongan buat aku.. Kata mereka, Allah ingin menguji diriku ini, ingin melihat sejauh mana kesabaran aku..

Teringat kata2 rakan sekerjaku.. Mengapa lah kita diuji sebegini.. Mesti ada benda salah yang kita buat ni, sehingga kita diuji sebegini rupa.. Aku telah menyabarkan dirinya dengan mengatakan, hanya DIA MAHA MENGETAHUI setiap apa yang diuji ke atas setiap hambanya.. Banyak-banyakkan bersabar.. Suatu hari nanti kita akan tetap memilikinya.. Insya-Allah

Buat semua rakan, doakan aku agar terus sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran dalam hidup ini.. Insya-Allah

Wassalam

Thursday, March 17, 2011

Aku sudah grade.. Weehuu~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, untuk pengetahuan korang sume, aku sudah grade.. Inilah hadiahnya setelah aku berhempas pulas selama lima tahun setengah.. Terima kasih buat mak ayah, adik2 dan tunangku sebab sudi datang untuk berkonvo bersama ku.. Tahniah gak buat semua kawan2, inilah kejayaan yang kita telah peroleh setelah 5 tahun setengah kita berjuang untuk menggenggam segulung ijazah.. Nanti aku akan upload gambar2 waktu konvo.. Kenangan terindah dalam hidupku :)

Saturday, February 26, 2011

Makanan t/hari + malam

Assalamualaikum..

Hari ni saja aku nak share ngan korang makanan aku utk kedua-dua waktu ni, tak mo bagi tau, cuma nak tunjuk gambar je.. Jom tengok

Nilah makanan aku untuk hari ni.. Arini tak masak nasi ngan lauk sebab member sebilik tak dak, tak best makan sowang2.. Huhuhu.. Sapa yang rasa nak belanja aku makanan sedap2, amat dialu-alukan, tambah2 pulak sekarang ni aku masih belum bergaji.. Hehehe

Sekian saja untuk hari ni..

Related Posts with Thumbnails